Friday, February 1, 2013

take 5!!

Bismillah...

“Dan orang-orang yang tetap mencari petunjuk, maka Allah SWT akan tambahkan kepada mereka petunjuk dan Allah SWT anugerahkan kepada mereka ketakwaan.” (QS Muhammad: 17)

'jangan pernah berhenti mencari' pesan dari orang-orang yang sangat bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah, bila mana kita mula mencari insyaAllah Allah akan menganugerahkan kita petunjuknya. Bila mana kita berhasrat ingin mendalami agama dan memahaminya dengan konteks yang sebenar, insyaAllah Allah lagi excited nk dekatkan agama dengan kita. tapi, lihat betul2 syarat utamanya adalah sifat MENCARI dan BERUSAHA itu mestilah ada dalam diri kita dahulu.

satu prinsip yang perlu dipegang, ada disebutkan dalam buku follow your heart, nukilan Andrew Matthews (buku ni BEST^^, HIGHLY RECOMMENDED  : 
bila mana dia menerangkan tentang konsep apa yang kita tak nak itu yang kita tak akan dapat. Penulis membawa contoh seorang budak yang tidak pernah kisah dengan apa yang ada disekelilingnya. bagi budak tersebut, apa yang ada disekelilingnya tidaklah penting, bahkan sampai ke satu tahap sehingga dia mengabaikan apa yang dilihatnya. diceritakan bahawa, di kawasan kediaman budak tersebut terdapat beberapa jiran tetangganya yang ketika itu sedang sarat mengandung. kehadiran perempuan-perempuan yang sarat mengandung seolah-olah bersifat transparent  di hadapan matanya. 

namun, tibalah suatu hari bila mana si budak itu sibuk bermain bola. kemudiannya, akibat terlalu asyik bermain, bola tersebut tercampak lalu hilang dari pandangan mata kasarnya. semasa mencari-cari dimanakah hilangnya bola tersebut, dia terperasan kehadiran wanita yang sarat mengandung berdekatan dengan kawasan yang dicarinya. pada saat itu, barulah dia terfikir, 'mungkin juga wanita ini mengambil bola aku dan menyorokkannya di dalam bajunya itu. tetapi alangkah bodohny dia, ingatkan aku tak nampak ke bola aku disorokkan dalam bajunya itu...'. budak itu pun menuju ke arah wanita yang sedang sarat mengandung tadi dan meminta bola yang disangkanya diambil oleh wanita tersebut dan diletakkan di dalam perutnya itu.


haha... kali ini, wanita tersebut pening, bagaimana mahu membuktikan bagaimana kandungannya itu tiada kaitan dengan bola. dan mulai hari tersebut budak itu belajar satu benda baru iaitu wujudnya perempuan yang mengandung mempunyai perut yang besar dan di dalamnya bukan tersoroknya bola yang disangkakan sebelum ini.

apa yang aku nak bawakan kat sini, beberapa isi penting harus dilihat:


1) pentingnya CURIOSITY atau keinginan mencari itu sendiri.
bila mana kita ada niat untuk mencari, dengan secara tidak sengaja kita akan meletakkan objektif yang jelas tentang apa yang kita mahu cari. kita ada fokus yang menyebabkan kita akan terus mencari selagi mana jawapan atau objektif yang kita mahukan belum tercapai. dan ini juga akan membuka kepada penemuan benda-benda baru yang menyebabkan kita lebih meneroka apa yang ada di alam ini untuk kita terus belajar dan belajar. 

segala yang berlaku pada budak tersebut dimulakan dengan keinginannya untuk mencari bola yang hilang. walaupun pada hakikat permulaannya terdapat 2 pilihan sama ada membiarkan bola yang hilang itu dan membeli bola yang baru: dimana dalam konteks ini tidak akan membawa kepada perkembangan penemuan dan pembelajaran tentang sesuatu yang baru, ataupun yang ke 2: memilih untuk mencari bola yang hilang tersebut dan akhirnya membawa kepada penemuan sesuatu yang selama ini tidak sikit pun mencuit fikirannya untuk bersikap waspada tentang kewujudannya.

2) kita tidak akan dapat apa yang kita tak nak, dalam erti kata lain, kita hanya akan belajar bila mana minda kita bersedia untuk belajar. 

dalam konteks cerita tadi, walaupun keadaan dan fakta perempuan yang mengandung itu sudah lama berada disekelilingnya, namun kehadirannya tidak membawa makna selagi mana kita tidak berkehendak untuk mengetahuinya dan yang paling penting sikap TIDAK PEDULI itu masih berada dalam dirinya.

3) IGNORANCE IS NOT A FREEDOM, IGNORANCE IS A JAIL 

maknanya, selagi mana budak tersebut memilih untuk tidak mengambil tahu, dunianya hanyalah bola dan dirinya sahaja, sedangkan jika dia memecahkan dinding-dinding ketidak peduliannya itu banyak lagi yang ada di muka bumi ini sedia untuk diexplore. untuk mencapai maksud sebenar kebebasan, kta perlulah dahulu belajar bagaimana untuk membebaskan diri kita dari kerangka kebodohan yang selalunya disangka bahawa ilmu yang kita ada sudah cukup. 

tidak hairanlah,  macam yang aku sendiri rasakan bahawasanya semakin banyak kita belajar, kita seakan semakin sedar semakin cetek ilmu pengetahuan kita atau dengan kata lain, banyak lagi benda yang kita tidak tahu. Oleh kerana itu, tiada alasan untuk berhenti BELAJAR DAN MEBACA.

4) gunakan akal untuk berfikir dan fikirlah apa yang kita nak fikir.

kalau si budak itu tidak berhasrat untuk mengunakan akal fikirannya untuk berfikir, makanya, dia akan hanya melihat dan mencari seseuatu yang bersifat bulat seperti bola sahaja. namun, dia berfikir satu langkah kehadapan bila mana dia memikirkan ada juga kemungkinan bola tersebut tidak jelas bentuknya seperti bola, kemungkinan ianya tersorok di bawah timbunan, ataupun sesuatu yang kelihatannya boleh memuatkan sebiji bola tersebut. sehinggakan dia dapat mengambil kemungkinan wanita yang sarat mengandung itu pun menjadi antara jalan penyelesaiannya untuk mencari jawapan dimanakah bola tersebut hilang.

5) IF YOU DON'T ASK , THE ANSWER WILL ALWAYS BE 'NO'
hah! yang ni best^^... walaupun pada hakikatnya aku sendiri sedang berusaha untuk ke arah mengamalkan prinsip yang ni... namun aku tak nafikan kebenaran disebalik kata2 ni... 


cuba kita bayangkan, sekiranya budak tersebut tidak mengambil inisiatif untuk bertanya kepada wanita yang mengandung itu tentang apakah yang disorok olehnya di dalam kandungannya itu. pastinya, sangkaannya itu tidak kemana sehingga di bertanya dan mendapatkan kepastian. walaupun dalam kes ini, jawapan yang diterima adalah 'yes, there's NO ball inside the cloth'. tetapi beza NO selepas bertanya dan sebelum bertanya adalah status 'No' yang diyakini berasas dan terbukti berbanding 'NO' yang hanya disandarkan atas sangkaanya sahaja...

haha, faham ke? mcm pening pulak ayat ni... 

dan creadit bagi budak ni, selepas dia bertanya, walaupun jawapan yang diterima adalah NO, namun, dia dapat belajar tentang suatu ilmu yang baru yang tidak akan diperolehi dengan cara berdiam diri dan hanya memegang dengan sangkaannya semata-mata

ok, untuk kali ini sebagai permulaan cukup sampai sini... baca -> fikir-fikirkan -> dan fahami dengan baik... 

beramal dengan kefahaman adalah jauh lebih bermakna daripada beramal tanpa kefahaman. ianya tak ubah seperti bertaklid buta yang sedikit sebanyak tidak menyumbang kepada projek pembodohan diri sendiri...


jom kita sama-sama top up ilmu kita, jangan lupa membaca dan berfikir, dan budayakan diskusi...
jangan pernah berhenti untuk mendalami tentang agamamu sendiri dan juga mencar diri sendiri!!

nantikan post seterusnya ^^
insyaAllah lepas ni, berusaha untuk istiqomah dalam memberi.. doakan lah ye kawan2...

No comments:

Post a Comment