Tuesday, February 12, 2013

creative...

alhamdulillah... 

Perjalanan hari ini dimulakan jam 1130pagi tadi...
Walaupun rasa agak keberatan untuk menempuh jalan yang panjang, namun ni merupakan suatu peluang aku untuk balik ke Klang. pilih sama ada tiket habis ataupun balik awal tp FREE.. hehe..

Dalam diam aku akui ada baiknya aku duduk berjauhan dengan keluarga aku... x tahu lah sama ada mind set sahaja, ataupun sebenarnya ianya adalah diri aku... bagi aku bile balik kampung, masa untuk aku study seolah2 sudah tiada ataupun makin menipis. malas teramat >.< pernah cuba beberapa kali.. kalau duduk untuk study, insyaAllah 5 minit lepas tu terus tidur. that's why aku memilih waktu aku berada di rumah walaupun sekejap, namun aku akan pastikan ianya bermanfaat untuk hubungan sosial aku... 


ya, mungkin suatu kerugian bagi seseorang especially kepada medical student yang selalunya agak liat nk buka buku medic macam aku ni... ya, aku jarang balik kg, so, selalunya bila menjejakkan kaki ke kg, social relationship mood was activated. Ni lah masanya untuk aku ziarah dan bergaul mesra dengan saudara2 aku... lama tak jumpa, so manfaatkan dengan sebaiknya... 


share sikit antara aim dan apa yang aku dah capai dalam masa 5 hari kat kg...
1) masak sama-sama dengan mak dan adik ... =) done (=
2) ziarah rumah mak cik, pak cik dan saudara mara... =) done (=
3) cubit pipi danish... yg ni dh lama sgt x jumpe, gambar dy yang dalam buaian tu... last jumpe danish bru pandai merangkak, sekarang ni dy dh pandai berlari... =) done (=


3) buat satay ^^ilmu baru, lepas ni boleh buat pulak^^... rewang rumah pak cik... =) done (=
4) wedding Ain... jumpe ex-school mate... rupe sume dah berbeza... =) done (=

selamat pengantin baru ain...

zu dah pregnant 7 bulan.. whoa... giler r pantas nya kawan2 aku..

5) stalk or update perkembangan adik beradik aku... =] partially done [=
6) sebar racun2 pencerahan =)done, but kene usaha lagi... [=
7) dating ngan adik =( x sempat, plan x jadi )=


balik rumah walaupun x lama, tetapi bagi aku cukup lama untuk proses pengindoktrinasian, terutamanya dekat2 denga  PRU... especially bila mana di rumah terputus bekalan internet... hanya media televisyen dan radio sahaja yang dapat di excess... hasilnya tiada apa yang salah dimata mereka, yang mereka lihat adalah, kerajaan banyak dah memberi dan kini kita pula yang terhutang budi... sedih tapi x banyak yang aku boleh buat... bila membawa kepada sedikit rasional dikatakan aku yang x faham dan cuba bermain sentimen... haish...

walaupun rimas dengan adegan2 yang dimainkan oleh mereka, termasuklah buku2 dan majalah2 yang disebarkan dari rumah ke rumah... walaupun ada ketikanya aku sendiri berasa tidak selesa dengan pembaziran duit rakyat yang teramat sangat ini, namun, tak dinafikan strategi yang mereka gunakan ibaratnya  "aim big but act small"
tidak dinafikan juga bila mana media yang bersikap tidak telus dan tidak adil... mangsanya adalah orang2 pendalaman ini yang tidak dapat menilai dengan baik apabila maklumat yang sampai kepada nya hanyalah dari satu pihak sahaja.. so harapnya selepas ini, siapa pun yang memegang tampuk kerajaan, gunakanlah amanah itu sebaiknya moga2... nigara ini dapai dipimpin dengan adil dan saksama...

btw, alhamdulillah, walaupun x banyak aku study dalam 5 hari kat rumah ni, tapi aku dapat manfaatkan masa dengan baik InsyaAllah... 


oh, ya... td dalam perjalanan dr Senawang ke area KL... jammed... x tahu apa puncanya... terlihat a few police  di kawasan R&R Seremban, tetapi peliknya menghadap ke arah R&R di bawah canopy disamping membaca surat khabar... haish...pelik sungguh... bukan ke lalu lintas yang sesak ini sepatutnya menggamit perhatian... tapi entahla, tu persepsi aku bila pandang polis tersebut, hakikatnya aku tak tahu apa yang sedang mereka buatkan.

cousin aku kat sebelah ni mula dah menyumpah seranah apa yang menyebabkan jammed ni.. tambahan pula  ada segelintir pemandu2 yang menggunakan lorong kecemasan dengan sewenang-wenangnya..  sebelum menghukum, aku dengar dengar dulu hujah dia.. she got the points...  dia kata, 'ish, suka hati dia je nk meluru macam tu, then,  bila sampai depan nanti mula la terus nak potong... kite yang ikut peraturan ni pula yang makin ke blakang...

dalam diam aku berfikir....
1) adakah mamat2 yang menggunakan lorong kecemasan ni dikira kreatif atau sebenarnya bodoh bila mana tidak memahami signboard  yang terpampang di sepanjang perjalanan. ISU 1: KREATIF VS BODOH...
2) Kebenaran sunatullah atau kebodohan si skema... persoalan ni tiba2 mengetuk kepala aku...


haha, mesti korang makin x faham... rilex dulu.. kata belajar dari alam.. so, kne perhatikan dahulu apa kaitan antara satu sama lain...

ya, peraturan jalan raya digubal adalah untuk memastikan keadilan kepada semua pengguna jalan raya dapat diberikan. dalam konteks ini, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya juga terkandung dalam keadilan yang perlu dipastikan dapat diberikan kepada semua pengguna jalan raya...
so, bila mana suasana jalan yang jammed, makanya ramailah yang sudah tidak berpuas hati, memikirkan alternatif yang boleh diambil terutamanya bagi melepaskan diri dari suasana yang sangat menyesakkan itu. mulalah lorong-lorong kecemasan dipenuhi dengan kereta-kereta. dalam diam aku pun berfikir mungkin juga, ramai yang tidak berpuas hati apabila dia terpaksa beratur panjang sedangkan adanya manusia2 ini yang mengambil kesempatan. si pemandu yang berhemah berkata 'dia telah mengambil hak aku'...
Si pengguna lorong kecemasan, 'aku nka cepat, so aku kne mengambil alternatif, berani berhadapan dengan risiko dan juga kne kreatif'...

...yee haa...
ok, terus kepada konklusi lah ye... bagi aku yang melihat sketsa kehidupan ini, aku merasakan beberapa point penting yang best berlaku disini...

1) to be creative, you must first dare to against the humanlaw..

hakikatnya, sunatullahnya (@ hukum alam) berkata begitu, namun berfikiran secara kreatif membuatkan kita belajar menjadikan idea bodoh itu menarik dan idea yang mustahil itu menjadi sesuatu yang tidak mustahil...
contohnya, 'terpandang papan tanda had laju'...
org berfikir: bagaimana nk letak peringatan yang mudah, dan berada diantara 2 divider tanpa menggunkan kos yang banyak dan ianya mesti berada di atas supaya mudah kelihatan... so jadilah idea yang ada seperti papan tanda sekarang...

2)be careful, to be creative make sure anda tidak mengambil hak orang lain...

ianya bukan lagi dinamakan kretif sekiranya anda telah menafikan hak orang lain. ye, hukum Alam diwujudkan bagi memberikan keadilan kepada manusia, tetapi sekiranya sesuatu yang kita buat itu telah menafikan hak manusia, makanya ianya tidak lagi mencapai kepada tujuan yang utama kewujudannya.
membawa kepada isu ke 2 td: antara kebenaran sunatullah ataupun kebodohan si skema...
nak bawa contoh pada 2 keadaan:
1-trafic light: pada suatu pagi dalam keaadaan yang jalan penuh sesak... time ni memangla kne follow sunatullah nya, kalau tidak kita akan berlaku kejam bila membwa kemudharatan kepada orang lain dan mengambil hak orang lain bila mana sesuatu yang tidak dikehendaki terjadi
2- trafic light: di pagi hari seawal 2 pagi,.. time ni nak langgar trafict light tu pun suka hati bila mana x de kenderaan langsung dan x membahayakan sesiapa....

^^kene pandai sesuaikan dengan keadaan la^^

3) stupid idea brings creativity

yang ni orang selalu kata, sekalipun kita rasa idea kita bodoh, just lontarkan je...  boleh jadi ianya pemula bagi sesuatu idea yang bernas... haha, teringat, banyak kali terjadi pada aku sendiri bila mana banyak je idea yang dikeutarakan oleh member2 adalah idea yang aku dah fikirkan cume tak lontarkan... dy x keluar, haha... yang ni masalah jugak bile susah nk bercakap...


so


haish.. kne usaha lagi ni...

oh btw, aku rasa ada beberapa cadangan yang aku ingin cadangkan untuk kurangkan masalah jammed ni...

mungkin adalah lebih elok dan lebih baik sekiranya kemudahan awam di negara ni menjadi sangat efektif dan sangat selesa... contohnya LRT sampai ke johor ke.. klu tak pun, berikan penambahbaikan kondisi bas dan keselamatannya, keselesaannya, dan mungkin murahkan tambangnya supaya ramai lagi yang mendapat manfaat daripada kemudahan awam ini. selain itu pencemaran juga dapat dikurangkan.

sistem kemudahan awam dan pengurusannya juga perlu dititikberatkan... ditambah baik...

ok itu sahaja untuk kali ni.. penat dah membebel...

Friday, February 1, 2013

take 5!!

Bismillah...

“Dan orang-orang yang tetap mencari petunjuk, maka Allah SWT akan tambahkan kepada mereka petunjuk dan Allah SWT anugerahkan kepada mereka ketakwaan.” (QS Muhammad: 17)

'jangan pernah berhenti mencari' pesan dari orang-orang yang sangat bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah, bila mana kita mula mencari insyaAllah Allah akan menganugerahkan kita petunjuknya. Bila mana kita berhasrat ingin mendalami agama dan memahaminya dengan konteks yang sebenar, insyaAllah Allah lagi excited nk dekatkan agama dengan kita. tapi, lihat betul2 syarat utamanya adalah sifat MENCARI dan BERUSAHA itu mestilah ada dalam diri kita dahulu.

satu prinsip yang perlu dipegang, ada disebutkan dalam buku follow your heart, nukilan Andrew Matthews (buku ni BEST^^, HIGHLY RECOMMENDED  : 
bila mana dia menerangkan tentang konsep apa yang kita tak nak itu yang kita tak akan dapat. Penulis membawa contoh seorang budak yang tidak pernah kisah dengan apa yang ada disekelilingnya. bagi budak tersebut, apa yang ada disekelilingnya tidaklah penting, bahkan sampai ke satu tahap sehingga dia mengabaikan apa yang dilihatnya. diceritakan bahawa, di kawasan kediaman budak tersebut terdapat beberapa jiran tetangganya yang ketika itu sedang sarat mengandung. kehadiran perempuan-perempuan yang sarat mengandung seolah-olah bersifat transparent  di hadapan matanya. 

namun, tibalah suatu hari bila mana si budak itu sibuk bermain bola. kemudiannya, akibat terlalu asyik bermain, bola tersebut tercampak lalu hilang dari pandangan mata kasarnya. semasa mencari-cari dimanakah hilangnya bola tersebut, dia terperasan kehadiran wanita yang sarat mengandung berdekatan dengan kawasan yang dicarinya. pada saat itu, barulah dia terfikir, 'mungkin juga wanita ini mengambil bola aku dan menyorokkannya di dalam bajunya itu. tetapi alangkah bodohny dia, ingatkan aku tak nampak ke bola aku disorokkan dalam bajunya itu...'. budak itu pun menuju ke arah wanita yang sedang sarat mengandung tadi dan meminta bola yang disangkanya diambil oleh wanita tersebut dan diletakkan di dalam perutnya itu.


haha... kali ini, wanita tersebut pening, bagaimana mahu membuktikan bagaimana kandungannya itu tiada kaitan dengan bola. dan mulai hari tersebut budak itu belajar satu benda baru iaitu wujudnya perempuan yang mengandung mempunyai perut yang besar dan di dalamnya bukan tersoroknya bola yang disangkakan sebelum ini.

apa yang aku nak bawakan kat sini, beberapa isi penting harus dilihat:


1) pentingnya CURIOSITY atau keinginan mencari itu sendiri.
bila mana kita ada niat untuk mencari, dengan secara tidak sengaja kita akan meletakkan objektif yang jelas tentang apa yang kita mahu cari. kita ada fokus yang menyebabkan kita akan terus mencari selagi mana jawapan atau objektif yang kita mahukan belum tercapai. dan ini juga akan membuka kepada penemuan benda-benda baru yang menyebabkan kita lebih meneroka apa yang ada di alam ini untuk kita terus belajar dan belajar. 

segala yang berlaku pada budak tersebut dimulakan dengan keinginannya untuk mencari bola yang hilang. walaupun pada hakikat permulaannya terdapat 2 pilihan sama ada membiarkan bola yang hilang itu dan membeli bola yang baru: dimana dalam konteks ini tidak akan membawa kepada perkembangan penemuan dan pembelajaran tentang sesuatu yang baru, ataupun yang ke 2: memilih untuk mencari bola yang hilang tersebut dan akhirnya membawa kepada penemuan sesuatu yang selama ini tidak sikit pun mencuit fikirannya untuk bersikap waspada tentang kewujudannya.

2) kita tidak akan dapat apa yang kita tak nak, dalam erti kata lain, kita hanya akan belajar bila mana minda kita bersedia untuk belajar. 

dalam konteks cerita tadi, walaupun keadaan dan fakta perempuan yang mengandung itu sudah lama berada disekelilingnya, namun kehadirannya tidak membawa makna selagi mana kita tidak berkehendak untuk mengetahuinya dan yang paling penting sikap TIDAK PEDULI itu masih berada dalam dirinya.

3) IGNORANCE IS NOT A FREEDOM, IGNORANCE IS A JAIL 

maknanya, selagi mana budak tersebut memilih untuk tidak mengambil tahu, dunianya hanyalah bola dan dirinya sahaja, sedangkan jika dia memecahkan dinding-dinding ketidak peduliannya itu banyak lagi yang ada di muka bumi ini sedia untuk diexplore. untuk mencapai maksud sebenar kebebasan, kta perlulah dahulu belajar bagaimana untuk membebaskan diri kita dari kerangka kebodohan yang selalunya disangka bahawa ilmu yang kita ada sudah cukup. 

tidak hairanlah,  macam yang aku sendiri rasakan bahawasanya semakin banyak kita belajar, kita seakan semakin sedar semakin cetek ilmu pengetahuan kita atau dengan kata lain, banyak lagi benda yang kita tidak tahu. Oleh kerana itu, tiada alasan untuk berhenti BELAJAR DAN MEBACA.

4) gunakan akal untuk berfikir dan fikirlah apa yang kita nak fikir.

kalau si budak itu tidak berhasrat untuk mengunakan akal fikirannya untuk berfikir, makanya, dia akan hanya melihat dan mencari seseuatu yang bersifat bulat seperti bola sahaja. namun, dia berfikir satu langkah kehadapan bila mana dia memikirkan ada juga kemungkinan bola tersebut tidak jelas bentuknya seperti bola, kemungkinan ianya tersorok di bawah timbunan, ataupun sesuatu yang kelihatannya boleh memuatkan sebiji bola tersebut. sehinggakan dia dapat mengambil kemungkinan wanita yang sarat mengandung itu pun menjadi antara jalan penyelesaiannya untuk mencari jawapan dimanakah bola tersebut hilang.

5) IF YOU DON'T ASK , THE ANSWER WILL ALWAYS BE 'NO'
hah! yang ni best^^... walaupun pada hakikatnya aku sendiri sedang berusaha untuk ke arah mengamalkan prinsip yang ni... namun aku tak nafikan kebenaran disebalik kata2 ni... 


cuba kita bayangkan, sekiranya budak tersebut tidak mengambil inisiatif untuk bertanya kepada wanita yang mengandung itu tentang apakah yang disorok olehnya di dalam kandungannya itu. pastinya, sangkaannya itu tidak kemana sehingga di bertanya dan mendapatkan kepastian. walaupun dalam kes ini, jawapan yang diterima adalah 'yes, there's NO ball inside the cloth'. tetapi beza NO selepas bertanya dan sebelum bertanya adalah status 'No' yang diyakini berasas dan terbukti berbanding 'NO' yang hanya disandarkan atas sangkaanya sahaja...

haha, faham ke? mcm pening pulak ayat ni... 

dan creadit bagi budak ni, selepas dia bertanya, walaupun jawapan yang diterima adalah NO, namun, dia dapat belajar tentang suatu ilmu yang baru yang tidak akan diperolehi dengan cara berdiam diri dan hanya memegang dengan sangkaannya semata-mata

ok, untuk kali ini sebagai permulaan cukup sampai sini... baca -> fikir-fikirkan -> dan fahami dengan baik... 

beramal dengan kefahaman adalah jauh lebih bermakna daripada beramal tanpa kefahaman. ianya tak ubah seperti bertaklid buta yang sedikit sebanyak tidak menyumbang kepada projek pembodohan diri sendiri...


jom kita sama-sama top up ilmu kita, jangan lupa membaca dan berfikir, dan budayakan diskusi...
jangan pernah berhenti untuk mendalami tentang agamamu sendiri dan juga mencar diri sendiri!!

nantikan post seterusnya ^^
insyaAllah lepas ni, berusaha untuk istiqomah dalam memberi.. doakan lah ye kawan2...