Wednesday, January 26, 2011

H.A.D.I.A.H

Bismillahirrahmannirrahim...

sahabatku... macam mana hidup hari ini? adakah lebih baik dari semalam... seharusnya kita menjadikan hari ini lebih baik dari semalam... kali ini ana rasa nak kongsi sesuatu dengan antum sekalian... ana pernah diberitahu oleh seorang senior... bahawasanya: berilah hadiah untuk mengeratkan silaturrahim...



selain itu... ana sentuh sikit cam ne 3 cara untuk mengukuhkan ukhwah antara kita... sahabatku yg tersayang... makanlah bersama, solat berjemaah bersama dan tidur bersama, InsyaAllah ada keberkatan di situ dan terjalinnya ukhwah yang kukuh keranan Allah

Sahabat sekalian,

Anjuran agar saling mendekatkan hati, saling bersaudara dan mencintai diantara sesama kaum muslimin merupakan salah satu sisi keindahan Islam. Islam mensyariatkan perantaraan yang dapat menyebabkan keakraban, mendamaikan dan menghilangkan kabut hati. Diantara perantaraan itu adalah saling memberikan hadiah diantara sesama muslim.

Hadiah dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan ucapan dan permintaan maaf. Ia mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan, menenangkan kemarahan dan melenyapkan rasa iri hati dan kedengkian. Ia dapat mendatangkan kecintaan dan persahabatan setelah sekian lama tercerai-berai.


Hadiah selalu memberikan kesan perdamaian, rasa cinta dan penghargaan dari si pemberi kepada yang diberi. Kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar memberi dan menerima hadiah. Beliau menjelaskan pengaruh hadiah di dalam meraih kecintaan dan kasih sayang diantara sesama manusia;

" Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." HR. Al-Bukhari


Beliau juga bersabda;
" Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..." HR. Ahmad dan Al-Bukhari


Mengenai hadith ini, Ibn Hibbân menjelaskan; Dalam hadith ini, Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam mengecam tindakan menolak hadiah dikalangan sesama muslim. Bila seseorang diberi sebuah hadiah, wajib baginya untuk menerimanya dan tidak menolaknya. Saya menganjurkan orang-orang untuk saling mengirim hadiah kepada sesama saudara. Sebab hadiah dapat melahirkan kecintaan dan menghilangkan rasa dendam."


Antara Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam Dan Hadiah

Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam menerima hadiah dan tidak menerima sedekah. Dalam hadith Abu Hurairah radhiallahu `anhu, ia berkata;" Bila Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam dihidangkan makanan, Dia selalu bertanya; Apakah ia hadiah atau sedekah? Jika dijawab, 'Sedekah' maka Dia berkata kepada para shahabatnya, 'Makanlah oleh kalian' sementara dia tidak ikut memakannya. Sedangkan bila dijawab, 'hadiah' maka beliau mencuci tangannya lalu memakannya bersama mereka.'" Muttafaqun 'alaih


Hadith lainnya berasal dari 'Aisyah Radhiallahu` anha, ia berkata;
" Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam menerima hadiah dan mendoakan pahala bagi (pemberi) nya." HR. Al-Bukhari

Salah satu jenis hadiah yang tidak pernah ditolak Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam adalah wangi-wangian.
 Perkara ini sebagaimana hadith Anas Radhiallahu `anhu, bahawasanya Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah menolak wangi-wangian. " HR. al-Bukhari

Beliau (Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam ) juga bersabda;" Siapa sahaja yang dihadiahi 'Raihan', maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa namun sedap baunya." HR. Muslim Apa Yang Dilakukan Orang-Orang Ansar?

Orang-orang Ansar amat mengetahui betapa hajat Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam dan kesukaran hidup yang dialaminya. Kerana itu, mereka selalu mengirimkan hadiah dan pemberian untuk beliau. Perkara ini diceritakan oleh 'Aisyah Radhiallahu `Anha kepada 'Urwah Radhiallahu `anhu bahawa seringkali di rumah Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam tidak dinyalakan api kerana tidak memasak. Lalu ketika 'Urwah bertanya apa yang dimakan bila keadaannya demikian. 'Aisyah Radhiallahu `anha menjawab, "Hanya kurma dan air."

Kemudian 'Aisyah Radhiallahu `Anha menceritakan bahawa sekalipun demikian, Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam mempunyai jiran tetangga orang-orang Ansar yang selalu mengirimkan hadiah, iaitu berupa air susu unta." Muttafaqun 'alaih

Memberi Hadiah Jangan Diukur Nilainya???? Anjuran Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam agar saling memberi hadiah walaupun sedikit tidak ditinjau dari sisi nilainya tetapi lebih kepada nilai maknawinya sebagaimana yang telah diterangkan di atas. 

Perkara ini dapat dilihat dari sabda Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam melalui hadith Abu Hurairah Radhiallahu `Anhu bahawa beliau bersabda; " Wahai para wanita kaum muslimin, janganlah ada seorang jiran tetangga meremehkan pemberian jiran tetangganya yang lain sekali ia ( pemberian tersebut ) berupa hujung kuku ( teracak ) unta."HR.al-Bukhari

Padahal, apalah ertinya kuku yang tentunya hanya menyisakan sedikit daging. Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam memberikan permisalan menarik yang menunjukkan perlunya sikap tawadlu' ( rendah hati ) dalam menerima hadiah apa pun;

" Andaikata aku diundang untuk menyantap makanan ( yang berupa ) bahagian hasta atau bahagian di bawah tumit, nescaya aku penuhi undangan itu, dan andaikata aku dihadiahkan perkara yang sama juga nescaya aku menerimanya. " HR. Al-Bukhari

Bila kita renungkan lebih mendalam, apakah Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam masih memerlukan makanan dari orang lain? Jawapannya sudah pasti, tidak. Sebab sebagaimana yang kita ketahui bahawa beliau diberi makan dan minum oleh Rabbnya akan tetapi perkara ini merupakan pelajaran praktikal agar bersikap tawadlu' dan rendah hati terhadap kaum muslimin apa pun kedudukan mereka.

Kehidupan para ulama Salaf juga sarat dengan perkara sebegini dimana mereka saling memberi hadiah, sekecil apa pun bentuknya, terkadang ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tetumbuhan yang wangi aromanya.

Saling Memberi Hadiah Diantara Suami-Isteri


Hadiah adalah sesuatu yang mengkagumkan, apalagi bila terjadi diantara suami-isteri. Ia dapat menambah rasa kecintaan dan kedekatan hati antara keduanya, memperbarui ruh kehidupan rumahtangga dan menghilangkan perselisihan yang sebelumnya dapat saja akan bertambah meruncing bila kedua pasangan tidak menyedari apa yang dapat menghilangkannya.

Seseorang isteri lebih mudah tersentuh oleh hadiah yang diberikan suaminya daripada terhadap hadiah orang lain, demikian pula dengan si suami. Bahkan bila diinginkan, isteri boleh memberikan sebahagian maharnya kepada si suami asalkan secara sukarela.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman;

" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian ( yang halal ) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " Q.S An-Nisaa` : 4


Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan


1. Tidak boleh mengambil kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang lain sebab perkara ini sebagaimana makna sebuah hadith sama seperti anjing yang menelan lagi makanan yang telah dimuntahkannya. Muttafaqun 'alaih


Akan tetapi, boleh mengambil kembali hadiah yang telah diberikan kerana alasan yang bersesuaian dengan syariat seperti curiga bahawa ianya berasal dari hasil rasuah. Contohnya, Ash-Sha'b bin Jatstsamah Radhiallahu `Anhu pernah memberi hadiah seekor keldai liar kepada Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam; namun beliau menolaknya kerana dia sedang berpakaian ihram. Demikian pula, bila seseorang pegawai yang sudah memiliki gaji diberi hadiah, maka dia tidak boleh menerimanya dan ini seperti yang berlaku kepada Ibn al-Lutbiyyah dimana Rasulullah mengecamnya. Muttafaqun 'alaih


2. Hendaknya yang lebih diutamakan didalam memberi hadiah adalah keluarga terdekat; kaum kerabat seperti orang tua pihak ibu dan ayah dan orang seperti mereka. Demikian juga boleh mendahulukan orang yang di hati seseorang mendapat tempat yang dekat. Imam al-Bukhari mencantumkan bab tentang siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, lalu beliau mengetengahkan dua hadith; yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar diberikan kepada pakcik dari garis ibunya dan yang kedua ketika ditanyakan kepada beliau mana diantara dua tetangga yang didahulukan dalam memberi hadiah, beliau menjawab, "Yang paling dekat pintunya darimu.


Semoga kita semua dapat mencontohi Rasulullah SAW yang mane Qudwah Hasanah yang amat menitik beratkan tentang kecintaan sesama umatnya..InsyaAllah..(^_^)

Sunday, January 23, 2011

Sufyan Atstsauri...

bismillahirrahmannirrahim...
kali ini ana ingin membawa sedikit perkongsian... moga kita mendapat manfaat bersama...

10 macam kekejaman...

seseorang yg berdoa untuk dirinya sendiri & x mendoakan anak2ny & kaum mu'minin

seseorang yg pandai membaca al-Quran, tetepi tiap harinya tidak membaca seratus ayat

seseorang yg memasuki masjid lalu keluar & x sembahyang 2 rakaat

seseorang yg berjalan melalui tanah perkuburan kemudian x memberi salam & mendoakan ahli kubur

seseorang yg sampai di suatu kota pd hari jumaat kemudian x sembahyang jemaah

seseorang yg di daerahnya didatangi oleh seseorang alim kemudian x mahu belajar apa2 daripadany
2 orang yg bertemu di perjalanan & masing2 x menanyakn nama kawan atau x bertegur sapa

seseorang yg diundang ke jamuan tetapi tidak dipenuhi permintaannya

pemuda yang x de kerja & x mahu belajar ilmu & kesopanan

seseorang yg kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, ttapi x diberikan makanan itu...
moga kita terhindar dari melalukan kekejaman...

Wednesday, January 19, 2011

Allah tue macam mane??

bismillahirrahmannirrahim....

"maaf ana lame da x update blog nie... lately ana buzy skit.... walauapa pun... ana nak kongsikan sikit cerita dengan antum... moga ianya membawa tauladan dan pengajaran pada kita"

kisah dy cam nie......
ade seorang murid nie... dy mencari guru yang terbaik untuknye... untuk dy blaja dan menuntut ilmu agama.... lepas jumpe beberapa orang guru dan ustaz... dy x dapat terima penerangan ustaz tue dengan yakin... jawapan yang mostly para guru tu berikan x selalunye x mencapai apa yang dy nak....

setiap kali dy jumpe guru baru... soalan pertama yg diajukan adlh:
1- betulke Allah tue ade? ape buktinye? macam mane kita tau dy ade? and cam ne rupa dy?
2-betuke takdir tue wujud? ape buktinye? macam mane kite nak percaye takdir tue wujud?
3-klu betulla syaitan tue ade.... nanti mase akhirat syaitan tue akan dicampakkan masuk neraka... and persoalannya... ade effect ke kat syaitan tue klu dy masuk neraka as dy dijadikan drpd api and neraka tue api?

................

"agak2 pe yang ustaz tue jawb ek..... ha... kat cnie kte perlu bijak.... bijak dengan strategi untuk berdakwah... and pernah x kite terfikir yang non muslim pon bole tanye soalan nie kat sesiape antara kita umat muslimin dan muslimat nie?? cam ne ek? pe nk jawab... cuba antum fikirkn pe jawapan uztaz tue"

................

sambung cerita....
ustaz tue lempang budak yg tnye dy tue immediately after dy abis ajukan soalan....
tau sebab pe.... 
sebab dengan satu lempangan dy boleh menjwab semua soalan yg dy ajukan...

...............................
 lepas kne lempang dengan ustaz tue dy tanye...

ustaz: awak sakit ke?
student: sakit la... kenapa ustaz lempang saya?
ustaz: tipu lah.... saye rase awak x sakit... macam mane awak nk buktikn yang awak sakit?
student: saye tahu la sakit... macam mane pulak saya nak terangkan pada ustaz?
ustaz: maafkan say saya melempang awak.. tp tue la jawapan saya bg semua soalan awak
1- betulke Allah tue ade? ape buktinye? macam mane kita tau dy ade? and cam ne rupa dy?
awak tahu kn awak sakit... awak yakin.... tapi awak x bole discribe kesakitan awak tue macam mana.... rupa dy... even membuktikan yg awak rase sakit sekarang...
means same la dengan Allah.... bukan maksud sy nk menyamakan Allah tue dengan sakit tapi untuk konsep dan pengangan hidup kita,... kita yakin Allah tue ada.... tapi kita x tau cam ne nk discribe Allah tue... x boleh la kita samakan atau ibaratkan rupa Allah tue macam mana... tapi kita tahu yang Allah tue benar2 wujud....kita rasa dan percaya yang Allah tue ada....

yang kedua:
betuke takdir tue wujud? ape buktinye? macam mane kite nak percaye takdir tue wujud?
- pernah x awak terfikir atau mimpi atau awak tahu ke yang sy nk lempang awak ari nie? mesti x kn... awak kne tahu yang segala2nya yang kita lakukan telah ditakdirkan dan telah tertulis di luh mahfuz... semuanya dah ditetapkan oleh Allah... tapi selagi ada usaha kita mampu menubahnya... jagan kita serahkan semuanya pada takdir.... jgn awak bg alasan untuk x berusaha sebab awak kate dah ditakdirkan nk wat pe kne usaha... kita as a muslim tetap kne usaha untuk mantapkan diri... dan bust yang terbaik.....
lg satu... x kira apa yang menimpa diri kita sama ada baek atau buruk... dy tetap yang terbaik untuk kita....




dan yang terakhir:
3-klu betulla syaitan tue ade.... nanti mase akhirat syaitan tue akan dicampakkan masuk neraka... and persoalannya... ade effect ke kat syaitan tue klu dy masuk neraka as dy dijadikan drpd api and neraka tue api?
klu kite fikir.... tangan kita dan muka kita dijadikan dari darah yang sama... kulit yang asal tuannya yang sama... dan yang paling penting.... manusia nie dijadikan daripada tanah.... so... even orang laen yang bergelar manusia lempang, tumbuk or kita sendiri yang cubit diri kita akan terasa sakitnya... so samelah syaitan pon akan tersiksa bila Allah turunkan neraka padanya...

kemudian student tue berfikir panjang dan mengakui kata guru tue... 
akhirnya dy menuntut dengan guru tersebut...


so as conclusion kte kne yakin dan percaya Allah tue ada... keimanan perlu dimantapkan ... lakukan sesuatu kerana Allah... insyaAllah semuany ok...

Thursday, January 6, 2011

Hatiku Cuma Satu....

bismillahirrahmannirrahim...


"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" 

"Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada"
Surah Al-Hajj (22:46)

"Kemudian hatimu itu menjadi keras sesudah itu, lalu ia menjadi seperti batu malah lebih keras dari itu.." Surah Al-Baqarah (2:74)

"Keras hati dan selain itu ia sangat terkenal dengan sifat kejahatannya.." Surah Al-Qalam (68:13) 

"..Telah berkarat hati mereka, Kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan.." Surah Al-Muthaffifiin(83:14)

"Apabila langit telah pecah, dan apabila bintang-bintang telah berjatuhan,dan apabila lautan telah bergelora dan apabila kubur-kubur telah terbalik semuanya.....Ketika itu tahulah manusia apa amalan yang dilakukannya dan apa yang ditinggalkannya.. Wahai manusia apakah yang memperdayakanmu terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah?.....Yang telah menciptakanmu dan menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan angota-anggotamu dengan baik, Menurut apa yang dikehendakiNYA dan DIA yang telah menyusun tubuhmu...."
Surah Al-Infithaar(82:1-8)

wahai hati.... engakulah yang menentukan segalanya... membuat ana dan teman2 sekalian keliru... kau jua yang membuat hati bahagia.... sekadar sedikit renungan... kita perlu jaga hati kita kerana sesungguhnya hati kita cuma satu.... ingin ana ungkapkan beberapa pepatah yang pada ana ianya cukup bermakna...

teman....
esok klu ade seseorg m'yayangimu... hakikatny sygilah dia skadarny.... krn... hakikatnya,kte cume ade 1 hati... klu hati ni dserahkn pd mereka... hati y mne kte nk serahkn pd ALLAH???
risiko b'cinta dgn manusia mmg tinggi wlu kte mnatangny bgai minyak yg pnuh... tp b'cinta dgn ALLAH x de risiko... mlh ALLAH akn menatang kte b gai minyak y pnuh d akhirat bla kte mnatangny d dunia...~hatiku utk ALLAH y 1~

jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. sentiasa berusaha menjadi insan yang terbaik walaupun digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. jatuh, bangun kembali. jatuh, bangun lagi...

tiada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran & x de kesuskaran yang x diiringi dengan kesenangan. selepas ketawa, pasti menyusul air mata. selepas nestapa, pasti kegembiraan menjelma. ALLAH memberikan kita terang untuk bersyukur. ALLAH berikan kita gelap untuk bersabar

carilah hatimu di 3 tmpt. temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran. tetapi jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kau temui juga, carilah ketika duduk takafur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru... Hati Baru...

bismillahirrahmannirrahim...

lame ana x blogging... maaf akhir2 nie... ana agak sibuk sedikit disamping prepare hati yang baru untuk tahun baru... lagipun ana sedang berusaha untuk bangun dari jatuh yang amat memeritkan... namun... Allah itu maha kaya... Allah maha penyayang... walaupun jika kita muhasabah terlalu kerdil diri ini asyik melupakannya... 

Alhamdulillah Allah gerakkan hati ini untuk mendalami buku nukilan ustaz pahrol mohd juoi... yang banyak memberikan sumber kekuatan kepada ana untuk terus melangkah... moga kali ini ana dapat kongsikan sesuatu dengan antum sekalian... bacalah buku ini untuk hati2 yang kecewa... hati2 yang memerlukan sinar baru... pendekatan dan pengisian nya sangat bagus... moga antum sekalian dapat manfaatnye... ops lupe lak... tajuknya 
" DI MANA DIA DI HATIKU"

sempena tahun baru nie... semua pasang niat dan azam yang baru untuk kemajuan dan kecemerlangan hidup... ana x nak cakap banyak... ana sendiri telah lalui pelbagai peristiwa tahun lepas yang banyak menyedarkan ana... tingkatkan usaha supaya kita dapat capai darjat tertinggi iman di sisi Allah... ana jjuga memperingatkan diri ana... pesan ana sayangi lah orang di sekeliling antum sekalian moga2 diberkati Allah... alangkah indahnya persahabatan yang dijalinkan kerana Allah... sayangi sahabat antum sekalian... ingatlah kata2 ini...

"mencari sahabat yang baik sama seperti mencari isteri yang solehah. keinginan dan cita-cita sesiapa pun ada, tetapi untuk mendapatkannya agak sukar sesukar mencari gagak putih... oleh itu, jadilah sahabat yang baik, bukannya mencari sahabat yang baik.jadilah solehah bukan mencari yang soleh. jadilah yang soleh... insya Allah Allah akan datangkan yang solehah buat kita
kata2 nie sungguh berbmakna buat ana....



 kemudian sayangilah parents dan family antum... kerana tanpa mereka pasti antum tak mengenal erti kehidupan... Ya Allah rindunya peluk ummi dan ayah.... walaupun baru semalam menjejakkan kaki ke um nie... sayang mereka kerana Allah... insyaAllah ana dan antum sekalian dapat merasai kemanisan kasih-sayang tersebut.... jangan lupa minta kat Allah untuk dikurniakan hati yang sentiasa mengingatinya....dan dikurniakan kasih-sayang daripadanya..... bersama kita mencapai kerhedaaNya...


sesungguhnya bidang yang ana ceburi ini bukanlah senang tp ianya mengajar ana banyak benda kate dunia nie... insaAllah bukan sahaja bidang pengajian islam sahaja yang mendekatkan diri kita kepada Allah... malahan ana jamin... bidang perubatan nie pon klu kita analisa dan hayati dalam... insyaAllah penghayatan tentang islam lg tinggi... ana pun lihat ramai senior2 dan sahabat2 ana yang terus bertungkuslumus dalam mengejar kejayaan di dunia dan mencapai keredhaanNya.... kali ini ana rasa ana x berkesempatan untk menulis panjang... ana ade PSS yang perlu ana siapkan... lgipun coming conass menanti da.... doakan perjuangan ana membuahkan kejayaan...  

akhirul kalam ana ingin kongsikan sedikit tips yang berguna... moga tahun baru ana dan antum sekalian bermakna dan penuh pengisian tanpa perkara2 yang sia2...
sahabat dan sahibah sekalian.... teman yang ana sayangi mari tingkatkan amal... amalkan lah sedikit pengisian ini moga hidup ana dan antum sekalian lebih bermakna
1. jangan tinggalkan alma'thurat tiap kali after subuh dan asar....
2. bace surah al-mulk b4 tidur

3. jangan tinggal qiam.... ( kita selalu minta kat Allah... always take but never give to Allah.... tingkatkan Amalan moga Allah melihat usaha kita yang tidak seberapa nie....

4. solat pada awal waktu
5. berbakti kepada ibu bapa
6. jihad fisabillilah
7. jaga solat jemaah.... (sesungguhnya darjat solat sunat tertinggi di sisi Allah adalah solat rawatib)
8. banyakkan baca Al-quran
9. banyakkan puasa sunat...\
10. betulkan niat.... lakukan sesuatu kerana Allah
11. banyakkan berzikir... (bila kita ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kita pada waktu senang atau susah)

ciri-ciri peribadi muslim terbaik
AL-MUAHADAH-perjanjian dengan Allah-malu nk wat maksiat
AL-MUROQOBAH- dirimu adalah dibawah penguasaan Allah
AL-MUHASABAH- sentiasa muhasabah diri (hari2... renew lesen iman... 5 kali sehari dalam bacaan doa iftitah)
AL-MUHAQOBAH- denda diri sendiri bila kurang amalan...

moga kita sentiasa mendapat keredhaanya... dan mencapai peribadi muslim sejati... amin....