Wednesday, November 21, 2012

cukup kah?


miza : Oh, S dari mana? kenapa lambat?

S: erm, baru balik dari keluar makan dengan doctor.. kami keluar ramai-ramai

miza: oh ye ke...

S: tadi pun, keluar lambat sikit, then makan tbe-tbe pulak balik lambat..

miza: 'menganguk-angguk'.... 

S: eh, lecturer cerita pe ni?

miza: Oh, tadi bincang tentang ce-ebm (bagi yang tidak tahu ini adalah evidence based medicine). bincang mcm mana nak buat assignment dan jugak doctor ada bagi article untuk dibaca dan article ni yang akan keluar untuk exam akan datang...

S: oh ye ke... then, study yang ni je lah eh...

miza: nampaknya nk mudah macam tu lah... ada peluang untuk bincang dulu...

S: then dyorang ni tanya soalan apa tu?

miza: oh, dyorang tanya pasal artical yang dah di kritik la.. tanya doctor apa yang dyorang buat ni betul ke tak...

S: oh Ok...

....quite moment...

miza: S.... 
S: yup
miza: knp S nak jadi doctor ek? 

S: Oh... 'diam sejenak'... erm, entahlah ek, x de tujuan pun, since dah ada kat sini, then ikut je lah...

miza: oh, macam tu ... cuba tgok dyorang yang tanya tu.. semangat betul... apa yang dyorang buat tu tak sama dengan effort yang kita buat, knp ye? knp kan dyorang tu buat betul-betul apa yang lecturer suruh buat? kalau dibandingkan apa kualiti apa yang kiata dah buat ni cukup ke nak dibanggakan dengan apa yang dyorang buat...

S: erm, entahlah miza... since kite dah ada kat sini kte try je la yang kita mampu...

miza: cuba tgok dyorang, dyorang buat sungguh-sungguh, prepare sungguh-sungguh, belajar sungguh2... walhal medic ni lah life sebenar dyorang... nak jadi best student.. haha.. yang lagi best datang awal, pay attention dengan apa yang lecturer cakap dan panjang pulak kalau nk state satu-satu lah kan... macam mana dyorang boleh buat cam tu yang kita ni rasa nk tak ngantuk dalam lecture tu pun satu masalah yang besar sangat... nak katanya, sedar tak sedar, dyorang tu bukan islam tau... tp apa yang diorang pamerkan itulah sebenarnya muslim... nak compare dengan kita ni... memang banyak sgt bezanya... yang baik itu semuanya islam... eh, betul ke, sebenarnya jalan kita patutnya kat line medic ni? betul ke ni yang terbaik? ke Allah saja je nak uji kita... ni bukan tempat kita pun...

S: cam ne kita nak tahu yang pilihan kita ni terbaik? bukan kita tak akan tahu ke?

miza: eh, tak semestinya... ni lah sebabnya penting kne review balik knp kite nak jadi doctor ni... tak cukup dengan effort yang kita buat sekarang ni untuk satu hari nanti kita nak sumbang untuk kemenangan islam... tak cukup atas dasar kita belajar sama dengan pelajar medic yang lain ini untuk make sure yang kita ni dah cukup laksanakan dan bawa islam sebenarnya... miza sendiri terfikir, kat luar tu banyak lagi orang-orang kat pub, banyak lagi orang-orang yang tak kenal islam pun, banyak lagi orang-orang yang mencari islam, dan lagi sedih banyak antara kita ni mengaku je islam tp penghayatan dan kefahaman sebenar tu tak de... dan kita kat sini kata kita dah cukup usaha untuk sumbang dan bawa islam... sedangkan dengan diri kita seorang ni je yang fokus kat medic ni, dapat ke kite bantu orang-orang kat luar sana even kawan-kawan kita sendiri untuk faham islam dengan erti kata sebenar? sedangkan bila dah jadi doctor yang berjaya ni, setakat itu sahaja... tak lebih dari tu... untuk diri sendiri... apa sangat lah yang nk dibanggakan dengan apa yang orang canangkan tentang ' kita ni muslim, bila berjaya nampak budak muslim ni hebat'...mungkin sekejap lah individu tu dapat nama... tapi then, apa yang dy buat untuk masyarakat... untuk islam secara besarnya... adakah dengan jadi doctor yang sama dengan orang lain ni betul-betul dapat membawa islam dengan sebaiknya? hakikatnya berapa banyak yang memang buat tu sekadar macam tu dan tiada penghayatan... asal kita pas je lah kn.. jadi doctor dan kerja... 

S: oh maknanya bila kita bersungguh tu pun islam ke walaupun non-muslim je yang buat...

miza: mestilah, ni yang miza kata Islam sebenar.. ye penting kita nak kata yang solat, syariat yang kita kne buat itu penting... tapi sebelum tu ada element lain yang sebenarnya kita selalu terlepas pandang... islam ni sbnrnya sangat-sangat pentingkan keadilan, kesungguhan, apa-apa yang rasanya paling baik yang kita boleh bagi untuk islam... sebb tu barat tu sebenarnya feel islam dy lagi tinggi, lagi terasa walaupun dyorang tu mostly non-muslim compared to negara kita ni, mostly muslim tp penghayatan tu x de...

erm, bagi miza lah, satu bende yang miza x mampu nak kata adalah apa yang miza ada kat sini adalah yang terbaik.. then yang ni yang kne review balik... niat dan sume tu... penting dan tersangatlah penting... 

eh, x mudah tau kita nk jawab depan Allah nanti... apa yang kita buat ni dah cukup sebenarnya untuk Islam... Allah tanya, mana usaha ko untuk tegakkan agama aku? sapa yang antara kamu ni ada bertanggungjawab untuk bawak balik kawan-kawan tu fahamkan islam tu dengan erti kata sebenar... takkan nak kata kat Allah,  'eh, aku x pe ya Allah... aku study medic ni... so cukup lah dengan apa yang aku buat ni' ... kalau kita ni boleh kata kat Allah 'Ya, Allah tanyalah orang lain... aku tak terlibat sbb bidang aku ni cume medic... balajar je.. dakwah-dakwah dan kerja-kerja islam ni bukan part aku' so silalah kalau dengan ni kita rasa kita boleh jawab dengan Allah macam ni.. dengan ni kita boleh sure masuk syurga allah ni senang-senang je...

S: =)

...................................................................................................................................................................
point yang miza nak highlight kan kat sini.... 


tak mudah sebenarnya nak masuk syurga Allah ni... dan tak cukup sebenarnya jika kita kata kita nk fokus pada medic sahaja... banyak lagi komitmen kita...sapa nak fikir masalah ummat ni kalau bukan kita... ummat yang x faham islam, ummat yang masih hanyut.... dan yang lagi dasyat tak boleh tinggalkan islam tu mcm tu je, dy x akan difahami dengan erti kata yang sebenar kalaunya ada yang x buat kerja... ye, jadi doctor yang terbaik itu adalah Islam... tapi depan Allah nanti belum tentu alasan ni dah boleh untuk pass kn kita masyuk syurga... dan apa je pilhan yang ke dua kita ada selain masuk syurga? bukannya boleh bina setinggan kat syurga kalau kita tak dapat masyuk syurga then kita x nak masuk neraka...

nak bawak satu cerita tentang syurga dan neraka...

Apabila ALLAH menciptakan Jibril as, ALLAH telah mengarahkan dia untuk pergi menjengah syurga. Apabila Jibril pergi melihat keadaan syurga, kemudian dia kembali semula kepada ALLAH dalam keadaan sedih dan durja. ALLAH bertanya, sedangkan ALLAH itu memang mengetahui,

” Wahai Jibril, apakah yang telah engkau lihat pada syurga”

Jibril menjawab, ” Wahai ALLAH, aku kira jika manusia tahu apa yang berada di dalamnya, pasti mereka akan terkejar-kejar untuknya. Tetapi bila aku melihat kelilignya, maka aku tak merasakan yang seorang pun manusia akan berjaya mendapatinya”

Hal ini kerana syurga itu dipagari dengan mehnah dan tribulasi, halangan dan cabaran, dugaan dan rintangan, dipagari dengan perkara-perkara yang manusia benci.

ALLAH pun menyuruh pula Jibril pergi ke Neraka. Jibril pun mengibas sayapnya dan terbang ke sana. Apabila Jibril pulang, dia pulang denga wajah yangs edih dan muram juga. ALLAH bertanya, sedangkan ALLAH memang tahu.

” Wahai Jibril, apakah yang kau lihat pada neraka?”

Jibril menjawab, ” Ya ALLAH, kalaulah manusia tahu apa yang ada di dalam neraka, pastinya mereka tidak berani untuk berfikir tentangnya apa lagi mendekatinya. Tetapi apabila aku melihat kelilingnya, maka aku merasakan bahawa tiada seoran manusia pun yang akan terlepas darinya”

Hal ini kerana, neraka itu dikelilingi dengan nafsu shahawat, maksiat dan pemuasan nafsu manusia. Kesenangan dan kerehatan, kelalaian dan kealpaan, yang amat disukai oleh manusia. semua itu akan membuatkan manusia terpedaya da tertarik ke arahnya.



tapi..... kot mana pun cantiknya Islam ni sebab tak pernah ada istilah putus asa ataupun, Islam ni sentiasa bagi harapan pada ummat nya...

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

event siapa pun kita ni Allah kata.. kamu masih ada harapan sebenarnya nak masuk syurga... cume kene usaha.. yang penting usaha...

No comments:

Post a Comment