Wednesday, November 21, 2012

cukup kah?


miza : Oh, S dari mana? kenapa lambat?

S: erm, baru balik dari keluar makan dengan doctor.. kami keluar ramai-ramai

miza: oh ye ke...

S: tadi pun, keluar lambat sikit, then makan tbe-tbe pulak balik lambat..

miza: 'menganguk-angguk'.... 

S: eh, lecturer cerita pe ni?

miza: Oh, tadi bincang tentang ce-ebm (bagi yang tidak tahu ini adalah evidence based medicine). bincang mcm mana nak buat assignment dan jugak doctor ada bagi article untuk dibaca dan article ni yang akan keluar untuk exam akan datang...

S: oh ye ke... then, study yang ni je lah eh...

miza: nampaknya nk mudah macam tu lah... ada peluang untuk bincang dulu...

S: then dyorang ni tanya soalan apa tu?

miza: oh, dyorang tanya pasal artical yang dah di kritik la.. tanya doctor apa yang dyorang buat ni betul ke tak...

S: oh Ok...

....quite moment...

miza: S.... 
S: yup
miza: knp S nak jadi doctor ek? 

S: Oh... 'diam sejenak'... erm, entahlah ek, x de tujuan pun, since dah ada kat sini, then ikut je lah...

miza: oh, macam tu ... cuba tgok dyorang yang tanya tu.. semangat betul... apa yang dyorang buat tu tak sama dengan effort yang kita buat, knp ye? knp kan dyorang tu buat betul-betul apa yang lecturer suruh buat? kalau dibandingkan apa kualiti apa yang kiata dah buat ni cukup ke nak dibanggakan dengan apa yang dyorang buat...

S: erm, entahlah miza... since kite dah ada kat sini kte try je la yang kita mampu...

miza: cuba tgok dyorang, dyorang buat sungguh-sungguh, prepare sungguh-sungguh, belajar sungguh2... walhal medic ni lah life sebenar dyorang... nak jadi best student.. haha.. yang lagi best datang awal, pay attention dengan apa yang lecturer cakap dan panjang pulak kalau nk state satu-satu lah kan... macam mana dyorang boleh buat cam tu yang kita ni rasa nk tak ngantuk dalam lecture tu pun satu masalah yang besar sangat... nak katanya, sedar tak sedar, dyorang tu bukan islam tau... tp apa yang diorang pamerkan itulah sebenarnya muslim... nak compare dengan kita ni... memang banyak sgt bezanya... yang baik itu semuanya islam... eh, betul ke, sebenarnya jalan kita patutnya kat line medic ni? betul ke ni yang terbaik? ke Allah saja je nak uji kita... ni bukan tempat kita pun...

S: cam ne kita nak tahu yang pilihan kita ni terbaik? bukan kita tak akan tahu ke?

miza: eh, tak semestinya... ni lah sebabnya penting kne review balik knp kite nak jadi doctor ni... tak cukup dengan effort yang kita buat sekarang ni untuk satu hari nanti kita nak sumbang untuk kemenangan islam... tak cukup atas dasar kita belajar sama dengan pelajar medic yang lain ini untuk make sure yang kita ni dah cukup laksanakan dan bawa islam sebenarnya... miza sendiri terfikir, kat luar tu banyak lagi orang-orang kat pub, banyak lagi orang-orang yang tak kenal islam pun, banyak lagi orang-orang yang mencari islam, dan lagi sedih banyak antara kita ni mengaku je islam tp penghayatan dan kefahaman sebenar tu tak de... dan kita kat sini kata kita dah cukup usaha untuk sumbang dan bawa islam... sedangkan dengan diri kita seorang ni je yang fokus kat medic ni, dapat ke kite bantu orang-orang kat luar sana even kawan-kawan kita sendiri untuk faham islam dengan erti kata sebenar? sedangkan bila dah jadi doctor yang berjaya ni, setakat itu sahaja... tak lebih dari tu... untuk diri sendiri... apa sangat lah yang nk dibanggakan dengan apa yang orang canangkan tentang ' kita ni muslim, bila berjaya nampak budak muslim ni hebat'...mungkin sekejap lah individu tu dapat nama... tapi then, apa yang dy buat untuk masyarakat... untuk islam secara besarnya... adakah dengan jadi doctor yang sama dengan orang lain ni betul-betul dapat membawa islam dengan sebaiknya? hakikatnya berapa banyak yang memang buat tu sekadar macam tu dan tiada penghayatan... asal kita pas je lah kn.. jadi doctor dan kerja... 

S: oh maknanya bila kita bersungguh tu pun islam ke walaupun non-muslim je yang buat...

miza: mestilah, ni yang miza kata Islam sebenar.. ye penting kita nak kata yang solat, syariat yang kita kne buat itu penting... tapi sebelum tu ada element lain yang sebenarnya kita selalu terlepas pandang... islam ni sbnrnya sangat-sangat pentingkan keadilan, kesungguhan, apa-apa yang rasanya paling baik yang kita boleh bagi untuk islam... sebb tu barat tu sebenarnya feel islam dy lagi tinggi, lagi terasa walaupun dyorang tu mostly non-muslim compared to negara kita ni, mostly muslim tp penghayatan tu x de...

erm, bagi miza lah, satu bende yang miza x mampu nak kata adalah apa yang miza ada kat sini adalah yang terbaik.. then yang ni yang kne review balik... niat dan sume tu... penting dan tersangatlah penting... 

eh, x mudah tau kita nk jawab depan Allah nanti... apa yang kita buat ni dah cukup sebenarnya untuk Islam... Allah tanya, mana usaha ko untuk tegakkan agama aku? sapa yang antara kamu ni ada bertanggungjawab untuk bawak balik kawan-kawan tu fahamkan islam tu dengan erti kata sebenar... takkan nak kata kat Allah,  'eh, aku x pe ya Allah... aku study medic ni... so cukup lah dengan apa yang aku buat ni' ... kalau kita ni boleh kata kat Allah 'Ya, Allah tanyalah orang lain... aku tak terlibat sbb bidang aku ni cume medic... balajar je.. dakwah-dakwah dan kerja-kerja islam ni bukan part aku' so silalah kalau dengan ni kita rasa kita boleh jawab dengan Allah macam ni.. dengan ni kita boleh sure masuk syurga allah ni senang-senang je...

S: =)

...................................................................................................................................................................
point yang miza nak highlight kan kat sini.... 


tak mudah sebenarnya nak masuk syurga Allah ni... dan tak cukup sebenarnya jika kita kata kita nk fokus pada medic sahaja... banyak lagi komitmen kita...sapa nak fikir masalah ummat ni kalau bukan kita... ummat yang x faham islam, ummat yang masih hanyut.... dan yang lagi dasyat tak boleh tinggalkan islam tu mcm tu je, dy x akan difahami dengan erti kata yang sebenar kalaunya ada yang x buat kerja... ye, jadi doctor yang terbaik itu adalah Islam... tapi depan Allah nanti belum tentu alasan ni dah boleh untuk pass kn kita masyuk syurga... dan apa je pilhan yang ke dua kita ada selain masuk syurga? bukannya boleh bina setinggan kat syurga kalau kita tak dapat masyuk syurga then kita x nak masuk neraka...

nak bawak satu cerita tentang syurga dan neraka...

Apabila ALLAH menciptakan Jibril as, ALLAH telah mengarahkan dia untuk pergi menjengah syurga. Apabila Jibril pergi melihat keadaan syurga, kemudian dia kembali semula kepada ALLAH dalam keadaan sedih dan durja. ALLAH bertanya, sedangkan ALLAH itu memang mengetahui,

” Wahai Jibril, apakah yang telah engkau lihat pada syurga”

Jibril menjawab, ” Wahai ALLAH, aku kira jika manusia tahu apa yang berada di dalamnya, pasti mereka akan terkejar-kejar untuknya. Tetapi bila aku melihat kelilignya, maka aku tak merasakan yang seorang pun manusia akan berjaya mendapatinya”

Hal ini kerana syurga itu dipagari dengan mehnah dan tribulasi, halangan dan cabaran, dugaan dan rintangan, dipagari dengan perkara-perkara yang manusia benci.

ALLAH pun menyuruh pula Jibril pergi ke Neraka. Jibril pun mengibas sayapnya dan terbang ke sana. Apabila Jibril pulang, dia pulang denga wajah yangs edih dan muram juga. ALLAH bertanya, sedangkan ALLAH memang tahu.

” Wahai Jibril, apakah yang kau lihat pada neraka?”

Jibril menjawab, ” Ya ALLAH, kalaulah manusia tahu apa yang ada di dalam neraka, pastinya mereka tidak berani untuk berfikir tentangnya apa lagi mendekatinya. Tetapi apabila aku melihat kelilingnya, maka aku merasakan bahawa tiada seoran manusia pun yang akan terlepas darinya”

Hal ini kerana, neraka itu dikelilingi dengan nafsu shahawat, maksiat dan pemuasan nafsu manusia. Kesenangan dan kerehatan, kelalaian dan kealpaan, yang amat disukai oleh manusia. semua itu akan membuatkan manusia terpedaya da tertarik ke arahnya.



tapi..... kot mana pun cantiknya Islam ni sebab tak pernah ada istilah putus asa ataupun, Islam ni sentiasa bagi harapan pada ummat nya...

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

event siapa pun kita ni Allah kata.. kamu masih ada harapan sebenarnya nak masuk syurga... cume kene usaha.. yang penting usaha...

Thursday, November 15, 2012

selarikan hukum alam dan hukum Allah


tanggal 14/11/2012.. pada ketika ini ramai dalam kalangan muslim sendiri rasa gembira untuk menyambut kehadiran tahun baru... isu di facebook yang rancak berbincang tentang puasa awal muharam mahupun tentang boleh tau tidak membaca doa awal dan akhir tahun..  seronok melihat senario ini, makin ramai yang tidak bertindak sebagai taklid buta, mengikut atau melakukan sesautu tanpa usul periksa seolah-olah ibadah sudah jadi ritual... kini masing-masing cuba mencari penjelasan.... mengetahui dan mempelajari hujah disebalik setiap tindakan yang dibuat...

namun, sedih pula bertandang selepas mendengar khabar berita terkini, sahabat dan umat islam di GAZA diserang lagi... liputan demi liputan disebarkan dalam facebook... ada yang bertindak untuk menyumpah seranah si pihak zionis laknatullah... ada pula yang menyebarkan gambar-gambar terkini untuk liputan dunia... sebgai sebuah usaha untuk menyedarkan masyarakat dunia.... dan ada pula mengingatkan semua pembaca untuk segera berdoa dan tidak putus-putus mendoakan mereka di sana...

"hei, ini bukan isu muslim dan non-muslim, ini isu kemanusiaan... wake up!! bom tu x kenal siapa mangsanya..."

ada pula yang mengatur langkah untuk mengadakan demonstrasi....

teringat usrah dengan kawan-kawan seperjuangan... tajuknya I'M A MUSLIM, I'M NOT A TERRORIST ... daripada kupasan cerita my name is Khan...

hakikatnya ramai yang masih mengganggap ini adalah isu muslim dan non-muslim... padahal ianya sudah lama dibincangkan... ianya isu kemanusiaan.. hak mereka dicabuli... ramai yang syahid... anak, ibu, orang2 yang tidak berdosa juga turut menjadi mangsa... bila sekali di bom, peluru itu akan terus menghujani ke mana arah sasarannya... bukannya mengenal, "oh, ni non-muslim so patah balik, kte cari mangsa yang muslim sahaja..." bukan begitu... yang sidhnya banyak mangsa-mangsa adalah orang yang tidak berdosa....



Ya, secara peribadi tidak menolak usaha dan tindakan kalian untuk menyebarkan kesedaran dalam kalangan penduduk di Malaysia ini... walaupun sedikit Allah tetap memandang usaha kita...


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
tetapi, apa yang menganggu fikiran aku kali ini adalah... apa sebenarnya yang aku boleh sumbangkan untuk menolong mereka di sana.. satu demi satu gambar yang disebarkan, penuh dengan kesyahduan... aku sedih dan tetap berfikir apa lagi yang aku boleh buat... sesuatu yang di luar kotak... bukan dengan menjerit dan memaki hamun, sebabnya si zionis itu tidak terusik sedikit pun dengan tindakan reaktif aku seperti ini...

ya, kita kene yakin  dengan kuasa Doa yang Allah berikan... Doa itu senjata muslim... tetapi kita kenelah beringat... syariatullah dan sunatullah itu kne jalan seiring... bukan hanya dengan berdoa sahaja... tetapi usaha yang lebih...
mungkin ada yang kurang mengerti tentang syriatullah dan sunatullah... sunatullah ini adalah hukum Allah yang telah termaktub dalam Al-quran.. kemudian, syariatullah pula adalah hukum alam... dalam setiap perkara kedua-duanya mestilah seimbang...
contohnya, bila berhadapan dengan musuh atau dalam pertarungan... doa dan tawakal kita kepada Allah insyaallah akan menjanjikan kemenangan, ini juga merupakan suatu usaha dalam bab syariatullah... kene yakin yang usaha kita kan membuahkan hasil suatu masa nanti...

namun jikalau usaha sahaja ianya TIDAK CUKUP, diulang sekali lagi, TIDAK CUKUP...
kalau inginkan kemenangan di medan perang... persiapan diri dan lain-lain mestilah lengkap, siap dengan perisai, tentera yang gagah, cukup latihan, alatan yang power.. bersesuaian dengan kontek besar mana perang itu... inilah yang dikatakan sebagai syariatullah... walhal ini sebenarnya memainkan peranan penting... silapnya ramai pula muslim kini yang hanya bergantung kepada sunatullah semata-mata.. kemudian mengabaikan yang syariatullah...
nak katanya, walau macam mana pun usaha kita kalau kita tak seimbangkan antara dua ini, masih tidak cukup kawan2.... 
petik kata-kata said bin abi waqas
“ana romyun, min 
rimayati Islam Fa 
armi Ainama shitta” 
“I am the arrows 
of Islam,Throw me anywhere, I 
...am still fighting 
for Islam” 
- Saad bin Abi Waqas 
sebelum anak panah ini hendak dicampakkan ke mana sahaja... konsep syariatullah mesti diaplikasikan terlebih dahulu... maknanya, anak panah-anak panah itu mestilah dah ditajamkan, diasah dan dilatih supaya dalam keadaan yang baik... macam mana pun sekiranya anak panah yang kita lemparkan itu sudah patah dan banyak cacat celanya... akhirnya tetap tidak akan dapat beri manfaat kepada semua...
anak panah-anak  panah ini mestilah diberi ilmu, kefahaman dan persediaan dari pelbagai sudut supaya akhirnya dapat berbakti kepada sesiapa jua walau di mana dia berada... 
last sekali, nak simpulkan di sini... bukan mmbantah apa yang kalian usahakan tetapi jom kita berfikir untuk lakukan sesuatu yang dapat menolong rakyat di GAZA dan Syiria....
walaupun idea ni rasa mcm bodoh, tapi... suatu masa dulu, masa mula2 zaman nk melangkah dewasa ni... sekitar tahun 2007-2008 aku pernah terfikir... kalau lah aku berkuasa... nak je aku dudukkan peminpin or ketua zionis ni dengan ketua muslim ni... duduk kau sini dan bincang.. apa yang tak puas hati... nak gaduh, gaduh 2 orang... jangan libatkan orang yang tak bersalah.... hehe... 
kawan-kawan, jom doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka, selain itu kita sama-sama korbankan sikit masa dan tenaga mahupun harta untuk bantu diorang kat sana... kalau kalian ada cadangan kita boleh lakukan apa lagi, sama2 share, supaya lagi ramai yang mendapat manfaat dan sama-sama boleh tolong mereka....

sesungguhnya janji Allah... kemenangan Islam itu pasti....

Tuesday, October 16, 2012

prasangka..



Bulatan gembira 16/10/12

Apa anda rasa bila baca 1st impression anda?
A: terharu ada 1st time dapat doa jd isteri solehah
S: dah x ingat 1st impression kat kwn kita.. bnykny apa yang ditulis adalah selepas yang kita yang kita kenal..
A:x ingat tang mane yang sya dah buat yang menyebabkan orang coment mcm ni
F: tak sangka, selalunya kawan kata sya sombong tapi kali ni x...
A: alhamdulillah, dah lama x rasa happy mcm ni..
M: expected sebb dah selalu dapat cm ni
S: biasa je
H:....
M: expected, aku ingatkn org nk ckp ak pemalu tp x de..
R: sy rasa mainan ni menipu sbb nk jaga hati orang..

Hujurat:12
Wahai orang yang beriman jauhilah banyak dari prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan jangan lah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah ada antara kamu yang mengumpat sebahagian lain. Apakah ada di antarakamu yang suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Tenti kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan maha penyayang

Sesungguhnya SEBAHAGIAN DRPD dosa.. bukan Allah x bg langsung berprasangka tp kalau boleh elakkan..

Diakhirkn dengan Allah maha penerima taubat dan maha penyayang- kenapa? Sebab Allah tahu kita ni lemah dan kerap membuat dosa. So cpt2 bertaubat.

Kalau dapat berita:
1) selidik dahulu kebenaran berita tersebut
2) jangan menilai semata-mata melalui pengalaman before ni. Nilai dengan mengunakan akal.

Allah iktiraf sifat manusia
manusia ada Sifat x suka, sifat jelous,
Dr asri: sesama isteri nabi pun pernah ada rasa jelous antara satu sama lain..
Tapi hendaklah kita berusaha untuk memujuk hati kita

Q: fr anak usrah..mcm mana nk buat klu tbe2 kita rasa menyampah dengan rumate sendiri? Tbe2 je, rasa mcm x leh pandang langsung
A: reverse psychology.. Islam ajar untuk jaga ukhuwah dan cuba fikir klu org lain wat kita mcm tu..
A: keep silent je, sebab lepas ni kte akan work together and sometimes we express something to reactive. Tunggu je dulu,insyaAllah Allah akan bukakkn hatinya.
A: reflect diri sendiri, dont aspect to high and sometimes dy wat cam tu sebab tak tahu dan kite pun sendiri kene reflect yang kita ni menunjukkan the true Islam or not...

Allah kata bila kau ada masa dan tidak dalam kesusahan itu datanglah kepada Aku... walaupun Allah ada hak nak suruh kita datang pd Dia bila2 masa tp still Allah faham n specialnya kita Allah suruh dtg kepada dy dalam masa lapang. But still kita raikan lepangan n kegembiraan dengan bersuka ria. Lupa untuk datang pd Allah.. manusia mudah lupa


Sunday, July 29, 2012

SAAT DAN KETIKA SEMUA ORANG LARI

bismillahirrahmannirrahim...

*liza dan iera bukan nama sebenar*
liza: cepat2, jalan laju cket...
iera: ish,kenapa nak cepat2 ni, kn kita bru selesai solat. bukan ada pape pun lepas ni...
liza: nanti dyorang panggil. dyorang bagi kerje. habis la kita.. cepatla jalan, laju2 cket..
iera: la dyorang ke (menunjuk ke arah satu sudut)... 
liza: jangan la tunjuk2, nanti dyorang panggil susah la...
iera: ok2... sori.... (percepatkan langkah)
liza: huh, selamat...
iera: ko ni, knp sebenarnya?
liza: la mcm ko x tau, tu ha dyorang tengah meeting, kang klu prasan kte x semena2 dipanggilnya.. silap2 aribulan kerja yang menanti... aku nk balik cepat ni, nk study... banyak lagi...
iera: ...speechless....

sahabat2, pernah x lalui situasi seperti ini? knp ye sampai kita rasa terbeban dalam membawa gerak kerja Islam? kadang2 ana terfikir,knp ada orang yang x suka berdamping dengan orang yang busy? kenapa orang takut sangat nak terima kerja? kenapa orang susah nak menyumbang.... huhu, mungkin masing2 ada jawapan sendiri...

mase mula2 cek in dulu, lebih kurang 3 minggu yang lepas la...

miza: Alhamdulillah, sampai gak akhirnya, tapi awa tla tahun ni dapat atas sekali... jenuh nk mendaki 4 tingkat ni... Assalamualaikum, da siap kemas da sumenye? nk g cari makanan ke?
rumate 1: waalaikumussalam, dah makan dah td ngan family...
rumate 2: hiush, miza la rupenye rumate kite...
miza; knp? x sudi ke?
rumate 2: ish x la... cume erm (mengangguk2kan kepala) aku tau rumate ak ni cam ne...
rumate 1: kte dapat serumate ngan orang busy la....
miza; la itu ke yang korang risaukan...
rumate 1: x la risau tapi, bersedia... hehe
rumate 2: ko x penat ke miza?
miza: * tersenyum...

erm, PENAT? layakkan ak nak kata penat? ni ke orang yang mengaku Pejuang Agama, sedang hatinya sentiasa mengeluh penat... yep, aku x nafikan adakalanya, terasa seakan2 penat sgt... rasa mahu menghilangkan diri dari semua masalah... tapi cukup ke dengan perasaan PENAT tu dapat menghantar aku ke syurga Allah yang x calang2 orang boleh masuk... so, natijahnya, kne usaha lebih lagi ni...

dalam diam rupanya, ada orang yang perasan ana selalu menyebokkan diri dalam perjalanan gerakan ni, yep, tidak dinafikan dari dulu lagi diri ni dah dilatih untuk menyebokkan diri... maaf la ye kalau ada orang yang x senang duduk...

tapi bagi ana, suka memegang pronsip surah muhammad ayat 7

Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.

dan juga selalu tanamkan dalam diri ni supaya menjadi seseorang yang bermanfaat kepada orang lain...

tapi dalam diam2, x lari terfikir kenapa orang takut sangat dapat kerja ni? kenapa x ramai orang yang mahu ikut jalan ni... jawapan yang selalu diterima adalah... jalan ni sukar, banyak duri... x nak lah galas tanggung jawab ni... lepas tanggung kne jawab pulak kat akhirat nanti... tapi kan sampai bila kte nak lari dari tanggungjawab bawa islam ni? last2 kat akhirat karang Allah akan persoalkan juga...

Now, i'm trying to find the solution... kalau x nak lari dari kerja2 islam ni... to me:

1)sahabat2 kne cari apa kepakaran dan minat sahabat2 dalam gerak kerja dakwah ni, dengan adanya minat dan tahu kat mana kelebihan kita, so, x jadi lah masalaha nk larikan diri.

2) ambil ikut keperluan bukan selesa... klu nk selesa x yah amik satu pun ok, tp la ni kte ikut keperluan. kalau semasa memerlukan anda untuk kerja sebanyak 3 perkara, kte kne usahakan make sure 3 perkara tu dapat diselesaikan. mungkin bukan kita yang buat semua tapi kne pandai cari solution lain la, management yang lain untuk make sure everything was ok..

3) ikhlaskan diri... ni yang paling penting sekali... please jangan buat kerana terpaksa... nanti x dapat pape selain penat je... buat kerana faham...bukan kerana orang lain... enjoy ur work or in other words make your work interesting...

4) tbe2 dapat banyak amanah, manage your work, jgn bagi nampak serabut... kalau x mampu cakap awal2... tp jgn awal sangat la...usaha dlu... mintak tlg pada orang yang mampu memberi pertolongan.

5)try to have something new, belajar buat something yang baru... kadang2 kte dah bosan asyik wat perkara yang sama je, time ni la masanye nk cuba something new, mana tahu minat tu dapat dipupuk dari situ.

6) think to be PROACTIVE.... Who else, if not me? When else, if not now? hehe.. ntah betul x BI tu... maaflah klu salah ye, ana ni x terror english... dan juga kadang2 fikirkan sahabat2 yang asyik muka yang sama je buat kerja...mane tahu kalau kita tolong kita dapat kurangkan beban mereka ni...

let's try this one, bila kite dah selalu busy... make a weekend which you free from anything.... then you will fell like your weekend will be not productive at all... if there's no work at all you tend to sleep until you tired sleeping... and that's make your life as a busy man better than a normal man... right? that's what i feel when there's nothing need to be done...hehe but still, it not applicable to all... sure, everyone need rest, and i need it too... Rasulullah ajar dalam Islam konsep bersederhana, atau wastiyyah itu perlu... =)


lastly from me... Islam x ajar kita buat kerja main2... dalam setiap perkara pun, kte kne usaha bersungguh2... untuk dapatka yang terbaik... Islam kata kalau nak belajar, belajar betul2... kalau nk main, main betul2...
and jangan takut untuk mencuba... kita tak tahu amalan yang mana yang Allah akan terima... mungkin sekecil2 perkara yang pernah kita buat tu yang kan menyebabkan kita melangkah ke syurga...so, kepada sahabat2 jom semangat2 bawak kerja islam ni...

''Berangkatlah kamu dalam keadaan senang dan susah, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.'' (QS At Taubah [9]: 41)....

wallahu'alam...

Friday, July 27, 2012

terima kasih patient...

bismillah... 
uish betul la... susahnya nk istiqamah dalam perjuangan penulisan blog ni... hidup untuk memberi... walaupun sikit tu yang kita dakwahkan... moga sahabat2 doakan ana sentiasa kuat dalam perjuangan menegakkan agama Allah ni...


miza: Assalamualikum, maaf gangu akak. Saya Hamizah 3rd year medical student... boleh ganggu akak sekejap x? saya nak tanya beberapa soalan dan kejap lagi nak cek akak jap..

puan x: waalaikumussalam, ok.. 

miza: maaf ye puan, kalau ada sakit mane2 bagitau ye...

*macam tu lah introduction yang selalunya kami as medical student ni perlu buat sebelum memulakan sebarang procedur... 

walaupun baru je 3 minggu memasuki alam clinical ni... banyak persoalan ataupun monolog yang selalu lintas kat kepala otak ni... walaupun orang kate 6 weeks je pn... pada ana ianya tetap mengajar kita something... 

minggu pertama posting surgery- waktu posting ni x de rasenye jumpe patient... tp doctor seronok menconteng kami yang terpilih untuk jadi patient... terima kasih sahabat, sanggup scarifies untuk kawan2 lain belajar..., minggu ni banyak realise, banyak bende aku dah lupe rupenye... 
astagfirullah... 
baru je masuk 3rd year.... dah banyak bende yang kita lupe... pass ni nak deal ngan nyawa patient plak... kne ubah ni...rase mcm takut dan mampu ke aku jadi doctor yang terbaik untuk ummah ni selalu je lalu lintas kat high way kat kepala ni... 

masuk minggu ke dua Primary care medicine (PCM)- masuk minggu ni macam bosan sikit... but still Allah ada perancangannya... paling best ari rabu last week dapat observed doctor PCM clerk patient... minggu ni lebih pada focus cam ne nak  amik history taking... yep, sedar x sedar banyak aplikasi Islam yang ada dalam kehidupan seharian... sedar x sedar sebenarnya kita memegang konsep iman which are confidence, competent, and believe in God, body language etc... dalam iman juga kte ada akidah yang teguh, yakin dengan apa yang Islam bawa, Islam gak ada ajar bersungguh2 dalam melakukan sesuatu, berani ke hadapan, (peringatan pada diri sendiri yang selalu takut mencuba=( ) 

masuk minggu ke 3: minggu ni turn O & G plak... satu masa dulu inilah juga merupan ciata2 ana... nak berbakti mengikut keperluan semasa... jelous ngan negara2 yang pakar2 O & G nye adalaha dalam kalangan muslimat sahaja... best2!! excited sgt2 masuk posting ni... dapat palpate baby dalam perut sang ibu... 

subhanallah... tgok ultrasound... appreciate physiology yang Allah dah aturkan sangat cantik... macam mana seorang ibu yang tetap tersenyum bile baby bergerak.. walaupun still kne tahan ward sebab sakit atau ada masalah2 tertentu... yes, time ni rasa sangat pengorbanan seorang ibu tu TERLALULAH BESAR... no wonder Allah berfirman:

Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: “Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” Rasulullah bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat At-Thabrani)

but still fitrah seorang muslimat berasa malu  tatkala sebuah mahligai kehormtannya dibicara menjadi  perbincngan... walau mcm mana pun, kne selalu ingat yang kita sedang belajar...

dalam diam aku amat terharu dengan patient2 yang sudi untuk diperiksa... kadang2 rasa kesian... kami ni bru belajar, nak buat Physical Examination (PE) pn masih teragak2 lagi... belum lagi yang palpate2 tbe2 x rasa... tapi kami perlu belajar... nk wat kat diri sendiri x dapat appreciate yang normla/abnormal... kadang2 sampai 7 orang yang palpate perut patient... dengan sabar patient2 ni x menolak pn... senyum je... terima kasih banyak2 , besar sebenarnya pengorbanan dyorang yang sudi untuk jadi volunteer supaya kami dapat berlatih untuk jadi dontor terbaik untuk ummah.... Ya Allah berikan lah mereka kesihatan... 

lecturer selalu pesan, x de profesion selain doctor yang mereka percaya melebihi seorang doktor... masyaAlah besarnya tanggungjawab ni... nak laksanakan amanah Allah... x leh main2....  macam mana seorang patient percayakan kita untuk menjaga dirinya... 

"dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahuiapa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. -Qaf:16-

"Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan2 telah memelihara kehidupan semua manusia" -AlMaidah:32- 

life sebagai seorang pelajar perubatan ni banyak mengajar ana tentang kehidupan di dunia ni... selalu je Allah remind Islam tu ada kat mana2... Alhamdulillah Allah kurniakan diri ni bersama2 sahabt yang selalu ingatkan kita pada Islam...

"sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya terngat mati"

Alhamdulillah, dalam diam Allah dah aturkan hidup ini cantik sekali... Allah x bagi apa yang kita nak tp Allah mesti bagi apa yang kita perlu... seronok dan jelous sebenarnya bersama2 orang2 hebat yang ada disekeliling ana... rase sangat diri ni kerdil... rasa teringin nak jadi hebat macam mereka... tetap humble walaupun orang lain memuji... tetap istiqamah walaupun x ramai yang nk ikut jalan yang penuh liku ni... Ya Allah tetapkanlah hati ni bersama2 dengan mereka di Jalan Mu... berikan kekuatan kepada ku, moga dengan kudrat yang aku ada ni Aku dapat berbakti kepada agamaMu.... Ampunkan aku Ya allah.. terimalah taubatku...

Monday, July 23, 2012

cuti-cuti

assalamualaikum...
lihat blog ni sunyi sepi... hampir 4 bulan tergendala... maaf...astagfirullah ada juga yang terlepas pandang...
"miza, pas ni kne kuat... kne lebih rajin... kne jadi ummah istiqomah..."

maaf sahabat2, ana pn masih belajar... belajar nk jadi umat yang hebat untuk islam... bantu ana... ye.. sama2 raih syurga Allah kelak...

kali ni mungkin sikit2 ana bawakan perjalanan selama 4 bulan ni...

BULAN 3

JALINAN UHKUWAH MUKMIN PROFESIONAL "JUMP 2012'
dibawah pimpinan ana sendiri... Alhamdulillah selesai dilaksanakan dengan jayanya...
kita manusia hanyalah merancang TUHAN yang berkuasa menentukan...
cabaran kali ni lebih mencabar, bukan ketiadaan peserta, malahan kebanjiran peserta... dengan bertemakan "Producing Muslim Proffesional' terasa berat mengalas tangungjawab sebagai seorang pengarah...
tarbiyah Allah hanya mampu diucapkan Alhamdulillah bila dapat gamjaran dan muhasabah bila ditimpa ujian...

buat kali pertamanya, AJK pun terdiri dari pelbagai kursus, dengan pelbagi kerenah dan dugaan... Allah jua tempat mengadu kesusahan dan meminta pertolongan... kali ni walaupun sudah 3 bulan berlalu... teringat dan rindukan saat itu, tatkala hati ni sayu memohon pada Allah, tiap hari mata ni dibanjiri air yang berlinangan, x mampu disekang... tidur yang singkat paling lama 2 jam... tapi segalanya tenang kerana masa digunakan sebaik mungkin untuk fikirkan masalah ummah...

indah terasa saat 'berdating' dengan Allah... diberi kekuatan... itu lah manusia tika hati ditimpa kesusahan mudah bangun untuk bertahajud... bila senang lupa... moga Allah sentiasa beri kekuatan itu...

teringat kata2 seorang sahabat...

'dalam usrah selalu kita sebut tentang sabar, bersyukur, bergantung harap pada Allah.... tu sume teori... la ni Allah tunjukkan practical depan mata... nah kau, rasakan... sejauh mana teori tu kita faham, dan kita amalkan... sejauh mana hati ni mampu nk tahan kemarahan tatkala Allah uji...' masyaAllah... kita lupe sume tu...

BULAN 4
ambang exam kian terasa... bahang panas makin terasa... start la, ramai org yang berkira dalam gerak kerja Islam... ramai lagi akan berkira dengan masa yang ada.... masa yang sedikit diperuntukkan untuk study, di khaskan untuk waktu2 polish kekuatan... takutkan fail... bagi kami budak medic, suppliment adalah memeritkan, jauh sekali fail dan kene repeat... nauzubillah

x kurangnya, ana bersama tentera mumtaz club, menyusun strategi untuk persiapkan diri yang terbaik untuk berperang di jalan ni... medan utama yang Allah sudah amanahkan tak dipersia... satu2 strategi dipercantikkan... satu2 kelemahan ingin ditacap... akhir bulan empat dan awal bulan 5 ni penentu segalanya...

ujian Allah x sunyi menyepi diri... kunjungannya tanpa diduga... menjengah bila2 masa... Alhamdulillah Allah takdirkan bersama sahabat2 yang x kurang hebatnya, terjalin ukhuwah indah terbina... malam diisi pembelajaran untuk persediaan ke medan peperiksaan dan di selingi tazkirah mengingat Tuhan....

tiba waktu exam, usaha sudah, doa pn sudah, tawakal pula menjelma... ikutkan hati hanya Allah je yang tahu betapa teruknya performance kita...diri sendiri x tahu adakah lulus atau sebaliknya... hanya Allah penentu segalanya...

teringat kata2 naqibah ana
"miza, untungnya kita menjadi seorang muslim ni, kita dapat bertawasul dengan gerak kerja Islam'" "Ya Allah... moga2 Kau berkati usaha ku ini dan Kau permudahkan urusan keduniaan ku ini semoga Aku dapat berkhidmat dan berbakti dengan lebih banyak lagi di jalanmu Ya Allah.."

ya, hidup ni suatu perancangan... perancangan tu juga merupakan doa... doa org yang inginkan kejayaan dy akan prepare dirinya untuk menempa kejayaan.. plan after dah lulus t nk wat pe... doa org yang x ingin kn kejayaan, 'kalau gagal nanti kte wat cam ni la'...' x yah la plan pe nk wat lepas ni, aku takut gagal la...'

time ni macam2 plan.... lepas ni nk wat ni lepas ni nk wat tu... cuti panjang ni, nk manfaatkan sebaik mungkin

BULAN 5

exam bermula... exam habis.... cuti bermula... hati ni dup dap... antara lulus atau suppliment...  Ya Allah... permudahkanlah bagiku setiap urusan... banyak perancangan akan tergendala sekiranya aku 'tersangkut'... masa tu cuti dah nk mula... sibuk persiapkan diri... dngan gerak kerja islam... nk lahirkn ummah berkualiti... mesti mula2 kita jd orng yang berkualiti dulu... bagi manfaat kepada orang lain... join kem... sibukkan diri... jalani proses tarbiah dari hari ke sehari... jadi kuli angkat barang je...

mase kat kem, alhamdulillah rupa2rupanya Allah ada perancangan sendiri (>.<) 'suke sgt....' Allah masih sayangkan hambanya yang sorang ni... hehe... tu la, orang selalu pesan, jgn kedekut dengan Agama Allah... kita spend masa dengan agama ni, lagi banyak Allah spend masa untuk kita... tanda Allah sayangkan umatnya, didatangkan umaatnya org2 yang alim ilmu agama... pengisian yang mantap, AJK pn dapat tempias... Alhamdulillah... medan ni banyak mengajar erti hidup...

gembira x terkira saat dapat bersama sahabat bersama dalam jalan Allah ni...

time ni dah mula sibuk dengan elektif, macam2 ragam.... kne usaha lebih sikit... Alhamdulillah Allah kurniakan sahabat2 yang sgt istiqomah dan sama2 membantu dalam jalan ni....

result keluar... Alhamdulillah, pass... thank you Allah.... alhamdulillah sekali lagi Allah izinkan miza truskan menyumbang dalam jalan Allah ni...

BULAN 6

macam 2 berlaku within a month ni.... elektif pasal darussyifa'... Quranic verse: secrete of healing... nk tau lebih lanjut kte cite lain kali ye.... then, diberi taklifan untuk memegang amanah... huh, rasa berat tp tetap lakukan gak... demi agama Allah... untuk sahabat2...

balik umah jap ada kenduri sebelum tu, lama x kumpul sanak saudara ramai2... sekali dengan kenduri kesyukuran lulus exam... yeah, alhamdulillah... jemput kawan2 datang umah...

soknya, dari Muar ke KL transit untuk solat jumaat kat gombak, then pas solat trus naik ke bentong Pahang jaulah umah Syafiqah Kadir, petang tu trus bergerak ke Kelantan bermalam di rumah Farehah... lalu lebuh raya Rakyat... sangat inspired dengan semangat pemimpin Kelantan... Negeri Serambi Madinah.. hehe klu x silap... then sok paginya g ronda2 HUSM then shoping jap kat BAsar Tuk Guru... singgah umah imran n fizi sekejap sebelum balik... walaupun singkat tp perjalanan yang penuh makna... terima kasih sahabat2.... bukan sahaja ukhuwah malahan ilmu banyak yang dikau curahkan.. aik terjiwang plak... haha...

balik um masa untuk berperang.... perah tenaga sehabis boleh untuk perkembangan islam.... manfaatkan potensi dan segalanya yang boleh disumbangkan... nk jadi proactive muslim.... huhu... seminggu je lagi nk cek in kolej...da kne prepare nk naik tahun baru... x leh main2 da masuk clinical pas ni, nk jadi muslim doctor yang hebat kne start dari awal...

bukak dengan buku baru dan azam baru... hehe... tetibe kne bebel cam ni... lama da x post... nk istiqamah, banyak pulak halangannya... doakan segalanya berjalan lancar...

Monday, February 6, 2012

Niat dan Natijah....

bismillahirrahmannirrahim....
lama sungguh x meniti tinta ni.... rasanya benar2 dikejar oleh masa... x dapat ana bayangkan bagaimana Rasulullah mampu menguruskan banyak benda dalam satu masa.... tetapi segalanya balik kepada  niat kita... kadang2 kerana menguruskan hal2 keduniaan ni... hati mudah menjadi kosong... kalau x kuat tarbiah kita, mungkin juga hati ni senang merasa kosong n kehilangan... time ni lah kta perlu topup ilmu  n iman kte supaya sentiasa dilimpah rahmat dan x give up dalam memberi....





minggu ni cuti 4 hari, Alhamdulillah... Allah still bagi kesempatan kat kta untuk berjumpa dengan keluarga dan melakukan pelbagai kerja... hakikatnya, ana amatlah bersyukur n seharusnya kita bersyukur dalam setiap benda yang kita lakukan... walaupun x dapat balik jumpa family, tp Alhamdulillah cuti kali ni terisi.... 



sahabat2 mesti tahu hari special hari ni, sambutan Maulidur Rasul ataupun ulang tahun Kelahiran nabi.... walaupun banyak khilaf tentang tarikh sebenar nabi lahir, tp bukan itu yang kita seharusnya bahaskan.... dan bukan juga maulid ni satu2 nya hari di mana kita kenang Rasullullah... tp yang lebih penting adalah, kita meraikan disamping sentiasa monitor kat mane level kasih-sayang kita pada Rasulullah... adakah cukup sekadar menuturkan di bibir saya sayangkn Rasulullah... mungkin, sudah tiba masanya, kita bergerak untuk menjadi seseorang umat nabi Muhammad dalam erti kata sebenar.... 



pengisian by Imam Muda Fatah di Kuala Pilah, sedikit sebanyak telah mengisi hati yang dahagakan imu ni... terima kasih sahabat yang sudi menjemput datang ke rumahnya.... membina suatu institusi keluarga yang mantap seperti mana yang disyariaatkn oleh Islam memerlukan pengorbanan dan keyakinan... bukan sekadar memastikan anak dapat masuk u, then kawin then settle tanggungjwab... somehow, rasa bersemangat nk didik anak2 yang bakal lahir nanti... moga Allah tolong semuanya....





betul sebenarnya, hakikat sang hati yang memerlukan makanan rohani... kadang2 kita leka memberi sampaikan kita lupa nk ingatkn hati kita tentang apa tujuan kita sebenarnya, adakah semata2 untuk dunia, untu diri kita ataupun yang lebih tinggi lagi untuk Allah... tepuk dada tanya iman??? 



hakikat dalam setiap apa yang kita lakuan... sejauh mana pengharapan kita kepada Allah... sejauh mana sandaran kita pada Allah... betulkn balik semua tu sebelum terlanjur... jgn jadikan ia sebagai amalan yang sia2... Allah maha berkuasa, bila2 je Allah boleh tarik nikmat yang dah diberikan tu.... Ya Allah moga kau lindungi diri ini... Alhamdulillah, eterima kasih ya Allah kerana syangkn  hambanya, menegur dengan cara yang tersendiri, memberi petunjuk dengan jalan yang kita x sangka... Ya Allah baiknya Engkau, walaupun hambaMu ini selalu lalai dan leka.... hakikatnya aku seorang hamba yang sangat lemah....


~qasidah~ imam muda fatah n adiknya, muiz

 ~selawat ke atas nabi~

 ~barisan muslimat power!~
 ~lambaian ombak tepi pantai yang menenagkan... subhanallah... pd~

~suasana matahari terbenam di pantai pd~ 

Tuesday, January 17, 2012

HIDUP DENGAN MEMBERI

Hari ini nak kongsi satu cerita yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s semuga menjadi peringatan untuk diri aku sendiri.
Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoaka kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.
Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.

Sunday, January 1, 2012

buku baru...

bislillahirrahmannirrahim....

selamat tahun baru 2012... harapnya x terlewat nk wish semua... moga2... tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya....

speciallny sambutan countdown tahun baru ini... x pernah orang buat countdown dalam hutan... tapi kami berjaya mencipta record tu.... dengan adanya persembahan bunga api sebanyak 7 das... Alhamdulillah... walaupun simple tapi menarik....

baru sahaja balik dari KEM TAUTAN HATI PSIPUM... anjuran PERSATUAN SISWA/I PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA... atau dikenali dengan nama PSIPUM....

dengan kekuatan seramai 51 orang peserta...30 orang ajk... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... kem yang bertemakan 'Bersama Mengenal Tuhan' di sasarkan mainly untuk pelajar 1st yer tp Alhamdulillah mendapat sambutan hebat termasuklah dari dental sendiri... sedih tika mengenangkan adik2 usrah farmasi, biomed dan radio yang x dapat bersama join kerana peperiksaan final sem 1 akan bermula esok... tp BERSYUKUR atsa kurniaan Allah... tahu apa yang Allah takdirkan Insyaallah itulah yang terbaik...

persiapan nak adakan kem ini bukanlah sesuatu yang mudah... pengorbanan setiap ajk yang banyak menghulurkan bantuan... kerjasama dalam memastikan kem ini berjaya... stay up untuk persiapan terakhir... ada yang tidur dalam masa 1 jan, 2 jam, dan ada yang x tidur langsung... satu2 masa bilik yang muat untuk 3 orang dipenuhkan hampir 10 orang atau lebih, kerana membatu menyiapkan kerja antara satu sama lain... manisnya ukhuwah di situ... harapnya peserta dan ajk mendapat kemanisan tarbiah di sini...

tp nk kate ianya tetap BEST!!

pengalaman kali ke dua... 1 hari setengah x tidur.... & malam pertama kem tidur di hospital... tp ni sume pengalaman... yg x dapat nk beli ngan wang ringgit... 

statement x tahan dari trainer kem.. masa jungle tracking selepas seorang peserta menjerit kerana takutkan pacat... mcm mane ni doctor pon takut pacat?? walaupun lawak tetapi ada maksud tersirat di situ yang kita boleh ambil pengajaran... manusia ni serba kekurangan... lihat sahaja.. Allah x bagi kesempurnaan dalam diri seorang manusia... sifat kesempurnaan tu hanyalah pada Allah...

terima kasih ya Allah... nk tahu pengalaman best kem ni lain kali kte cerita k.... wallahua'lam...