Thursday, March 31, 2011

The FLOWER and the PEARL...


One day, a brilliantly beautiful and fragrant flower with attractive colors met a pearl that lives far in the bottom of the sea and has none of these characteristics. Both got acquainted with each other.

The flower said: "Our family is large; roses and daisies are members of the family. And there are many other species that are various and countless; each has a distinctive scent, appearance etc."

Suddenly, a tinge of distress appeared on the flower. "Nothing accounts for sorrow in your talk; so why are depressed?" The pearl asked.
"Human beings deal with us carelessly; they slight us. They don't grow us for our sake but to get pleasure from our fragrance and beautiful appearance. They throw us on the street or in the garbage can after we are dispossessed of the most valuable properties; brilliance and fragrance."
The flower sighed. And then the flower said to the pearl: "Speak to me about your life! How do you live? How do you feel it? You are buried in the bottom of the sea."
The pearl answered: "Although I have none of your distinctive colors and sweet scents, humans think I am precious. They do the impossible to procure me. They go on long journeys, dive deep in the seas searching for me. You might be astounded to know that the further I lay, the more beautiful and brilliant I become.

That's what upraises my value in their thought. I live in a thick shell isolated in the dark seas. However, I'm happy and proud to be in a safe zone far from wanton and mischievous hands and still the humans consider me highly valuable."


Do you know what the flower and the pearl symbolize?


Think, Think, Think...



You will find that: The flower is the unveiled woman (who shows her charms) and the pearl is the veiled woman (who conceals her beauties).
source: i luv islam...

Wednesday, March 30, 2011

S.E.N.Y.U.M


bismillahirrahmannirrahim...
lame x meniti tinta nie... bile fikir2 kembali... memanglah Allah tu nak uji kite sejauh mana hambanya mengingatinya... dari hati kecik ana ni, memang sesungguhnye banyak perkara yang ingin ana kongsikan dengan antum. tapi.. kengkangan masa mencemburui kite... masa ibarat pedang yang selalu memotong kita... kali ini ana ingin kongsikan sesuatu yang kite bole panggil hadiah untuk orang yang kita sayang...
sebelum tue meh ana bagi teka teki... "banyak2 perkara... perkara apa yang bile kite buat satu die jd dua, bile kite buat dua dy jadi tiga.... x pernah x beranak....." pe ek???
jawapannye................
SENYUM... perkara yang mudah. tapi x ramai org nak lakukannye. 
 Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Senyum Lagi

Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.
Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”
Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,
“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”
Bukankah itu indah?

Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!
Nabi Sulaiman tersenyum kepada semut!
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ"Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: ""Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh" (Surah An-Naml 27: Ayat ke 19)
 
sumber: i luv islam

Monday, March 28, 2011

Resepi JUMP...


Bahan-bahan yang diperlukan....
1-      Secubit niat ikhlas kerana Allah
2-      Semangkuk semangat MUJAHID
3-      1L khasiat BANANA
4-      1L kekuatan STAND UP
5-      1 cawan keberanian GRENIDE
6-      2 mangkuk kasih sayang
7-      Sekeping hati yang suci
8-      2L pengorbanan
9-      5 sudu semangat KHALIFAH ISLAM
10-   3 cawan kepentingan dakwah
11-   3 cawan INTERDEPENDENT formula
12-   Nasihat secukup rasa

Cara-cara
  • Campukan semangkuk semangat MUJAHID, khasiat BANANA , kekuatan STAND UP dan keberanian GRENIDE. Gaul sehingga sebati... pastikan adunan anda sepadan dengan SINERGI (1+1= infinity)
  • Sediakan sebuah mangkuk yang lain.... masukkan hati yang suci bersama niat ikhlas kerana ALLAH. curahkan semangat kegemilangan KHALIFAH ISLAM yang terdahulu sehingga bermula kejatuhan islam akibat perpecahan, kemudian terapkan kepentingan DAKWAH dalam islam, di samping itu tambahkan sedikit demi sedikit kesedaran dan tujuan hidup ini << beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di bumi ini>>.. untuk menyedapkan lagi rasa dan semangat perjuangan ISLAM untuk mendapat adunan JUMP yang gebu lagi mantap.... taburkan semangat INTERDEPENDENT 
  • Anda akan mendapat hasil kepentingan bersatu untuk islam... kemudian tiupkan semangat jihad yang berkobar2... pastikan pemilihan panglima dan srikandi adalah yang terbaik..
  • Akhir sekali.... tempatkan adunan dalam acuan yang sebesar mungkin.... lebih baik tambahkan ilmu2 dan saudara2 islam didalamnya.... sebelum masukkan ke dalam medan perang satukan adunan pertama dengan kedua.
  • tunggu sehinga satu ketika, insya Allah adunan hati2 yang membawa ISLAM bersedia mengambil alih kegemilangan ISLAM kembali... sesudah itu barulah terasa kemanisan Jalinan Ukhwah Mukmin Profesional mengalahkan zionis kejam....

Friday, March 18, 2011

bermula dengan SABAR...

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.


Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" [I]Asyik sabar je, penat dah sabar ni![/I]"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. [B]Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. [/B]Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat

Thursday, March 10, 2011

Nafsu versus iman...


Nafsu itu sangat jahatnya, begitulah Tuhan memberitahu
Di dalam Al Quran ada diceritakan untuk ingatan

Nafsu sifatnya dungu, melulu
Kehendaknya tidak bertepi, apa sahaja dia mahu
Halal atau haram dia tidak peduli yang penting apa sahaja perlu dimiliki
Kemahuannya sangat dahsyat, hebat hingga menjadi sesat
Kehendaknya hingga badan penat, dia tidak penat
Badanlah yang terima risikonya akibat kehendak-kehendaknya

Tuntutan kemahuannya mudharat dan memudharatkan, rosak dan merosakkan
Masyarakat huru-hara dibuatnya, manusia pecah-belah kerananya,
peperangan terjadi disebabkannya

Kehendak nafsu tidak pernah puas-puas
Dapat sedikit hendak banyak, setelah banyak yang dapat terasa sedikit
Hendak tambah lagi, hendak banyak lagi, cari lagi hingga badan letih dibuatnya
Tamak pun datang, bakhil pun menjelang

Jika tidak dapat dia melukakan hati, jika dapat dia membungakan hati
Hati pula rosak dibuatnya
Dapat menjadi bangga, tidak dapat kecewa pula

Hati raja diri pun menjadi pengkhianat kepada Tuhannya, derhaka kepada Penciptanya
Nafsu punya angkara akal fikiran manusia pula dirosaknya
Cerdik pandai pula dibodohnya, bahkan ditipunya
Manusia berfikir kehendak nafsunya yang melulu tanpa memikirkan akibat buruknya

Hingga cerdik pandai berfikir sudah tidak normal lagi
Dungu di dalam cerdik, gila di dalam siuman, bodoh di dalam pandai
Mereka yang telah dikudakan oleh nafsu itulah yang memikirkan kehidupan manusia

Bila manusia hidup di dalam ketakutan, mereka juga yang hendak memikirkan manusia yang telah rosak itu

Maka lahirlah kerosakan di dalam kerosakan
Dunia bertambah parah, untuk membaikinya bertambah bingung dan susah
Maka jalan keluarnya tangkapan demi tangkapan, hukuman demi hukuman, 
penjara sesak dibuatnya

Yang masyarakat ikut nafsu, yang jahat ikut nafsu, yang kena tangkap ikut nafsu
Yang membuat undang-undang ikut nafsu, yang menghukum ikut nafsu, apa sudah jadi?

Yang jadi dunia sudah dikuasai oleh nafsu
Dunia telah lesu 
Dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka

Kehidupan di dunia hari ini sudah tidak ada erti apa-apa lagi
Manusia terancam oleh nafsunya sendiri

Monday, March 7, 2011

husnukh zan...

Bersangka Baiklah.........(husnukh zan)
Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya
di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku,
tentu dia lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan seorang yang jahil,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya
padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…

by... muhammad iqbal hakim

Semanis ukhuwah seorang ukhtie...


...Bismillahirrahmannirrahim....
Ya Allah, Alhamdullillah masih lg berpeluang merasa 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam... hati lama ana x meniti tinta2 ini... waktu2 sebegini terasa intipati ungkapan novel tautan hati (karya Ustazah Fatimah Syarha)... jangan melupakan ziarah sesama muslim... kehangatan pelukan bersama ukhtie masih hangat terasa... gelak tawa dan pengalaman bersama masih jelas dalam ingatan...namun masa mencemburui ana.... terasa kerinduan teramat sangat bersama ukhtie2 sekalian... saat indah bersama... namun sekarang, bukan sahaja ana ada tanggungjawab... antum sekalian pun ad atanggungjawab sendiri... moga kita daat bersama lagi... moga persahabatan kita kekal diredhai dan dirahmati... silap dan salah ana hanyalah khilaf sebagai hamba yang hina... ampunkan ana sekiranya terkasar bahasa atau terguris jiwa... 
semakin dekat dengan exam... semakin hati ini diuji... kerinduan kpd org2 yg tersayang... terutamanya family... mak.... selalu bermain di mata... terasa ingin melepaskan pelukan tika ini juga.... terbayang wajah adik (nurul faizah 6 thn) setiap kali balik kg..." ye!ye! akak kte balik (3X)" ... muka penuh ceria... tanpa dihirau siapa bersamany... menyambut dengan penuh kegembiraan... terasa hilang segala kepenatan... 
wahai ukhti2ku... masaku banyak terluang bersamamu... sedari umurku 13 tahun hinggalah kini... tugasku ku pikul jauh dari keluarga... kta bersama berjuang mencapai cita...banyak pengalaman di kongsi bersama...
Buat ukhtie-ukhtieku, kalian lebih banyak masa bersamaku. Menangis bersama, ketawa bersama, mengharungi setiap cubaan dengan hati yang cekal dan tabah. Kalianlah tempat rujukan dan mengadu nasib. Semangat kalian adalah semangat diri ini. Melihat kalian bahagia adalah nikmat kemanisan yng tak ternilai dan takkan dapat dibeli dengan wang ringgit.
Ukhtie, lihatlah betapa kalian dekat dan sangat rapat dengan diriku. Sehinggakan aku mampu menyentuh dan memegang tangan kalian berbanding adik-adik perempuanku sendiri. Aku melihat dengan mataku sendiri kalian ketawa dan menangis. Hilang semua keresahan dan kesedihan apabila bersama kalian. Benarlah antara halawatul iman (kemanisan iman) yang dirasai adalah mencintai seorang sahabat muslimnya semata-mata mengharap redha Allah. Kini nikmat itu aku rasai dan hargai.

Ukhtie, sebagaimana aku ingin diriku menjadi wanita mulia di sisi Nya, seperti itulah aku ingin melihat kalian turut memegang mahkota tersebut malah mungkin menyarungnya di tubuh kalian. Selalu aku melihat dan mendengar pesanan ikhwah kepada akhawat tetapi jarang untuk mendengar saranan seorang akhawat kepada akhawat yang lain melalui media cetak mahupun elektronik. Adakah kita seperti mengikut budaya barat? Sesuatu nasihat atau pandangan dikatakan lebih mudah diterima apabila wujud komunikasi antara seorang lelaki dan seorang perempuan kerana dipercayai wujudnya chemistry antara mereka. Wujud perbezaan cas seperti mana perbezaan cas positif dan negatif yang saling mendekati antara satu sama lain. Jadi nasihat dan pandangan itu lebih mudah terhadam. Ada juga yang mengatakan jika bersentuhan dengan gender yang berlainan turut dapat mengurangkan tekanan, jika mahram ya jika sebaliknya, kita sedia al-maklum…Mungkinkah kita sebenarnya dikaburi dengan pandangan ini, dan chemistry itu sendiri adalah panahan syaitan. Akhawatku sekalian..ringankanlah bibir kita untuk memuji akhawat yang lain daripada pujian itu datang dari mulut buaya yang menunggu masa untuk membaham mangsanya.
Kemanisan bersama sebegini mungkin akan semakin hilang bila kita sudah dimiliki dan dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab terhadap insan yang berhak ke atas diri kita. Selagi kita bebas (opss tetapi masih dalam aturan syariat) tanpa tanggungjawab sedemikian pegang erat-erat tangan ukhtie-ukhtie di sekeliling kita kerana kita sama-sama ingin mengejar redha Allah, sama-sama ingin mengejar cintaNya, dan sama-sama ingin menjadi serikandi syurga.

jika diri ini mengharapkan kebaikan di sisiNya, begitu juga buat ukhtie-ukhtie ku. jika diri ini mendoakan semoga dipertemukan dengan jodoh sebaiknya maka begitulah juga buat ukhtie-ukhtieku. jika diri ini sangat ingin menjauhi azab neraka terhadap golongan wanita tercela (nauzubillah)seperti yang dipertontonkan deoan rasullullah sewaktu isra' dan mikraj, maka begitulah juga buat ukhtie-ukhtieku



berapapun standard tudung kita, bidang 48, 50 or 60 tiada masalah keranan diri ini sendiri telah mencuba dan memakai antara satu daripada standart2 ini, sama2 kita berubah ke arah itu kerana kita belum tentu hari ini, esok, atau lusa kita masih diberi peluang untuk melihat dunia yang fana ini dan meminjam udara yang dipinjamkn oleh Allah.. jika kita mengatakan cintakan Allah maka inilah manifestasinya sebagai simbolik pengabdian kepadaNya. jika anda mampu untuk melakukan solat 5 waktu dengan berterusan, taat kepada ibu bapa, bersifat ihsan sesama manusia dll, maka hanya dengan mematuhi syariat ini. maka maqam kita aka dipertingkatkan lagi di sisiNya. tidak terangsangkah kita untuk menjadi muqarrabin~mereka yang dekat di didi Tuhannya? kita diberi akal, diberi pancaindera, diberi hikmah dan kebijaksanaan untuk memahami falsafah atau ideologi yang rumit, mendalami fakta yang complex, mengetahui formula2 hebat tetapi alangkah ruginya jika kita tak mampu menyingkap hikmah tersembunyi pada setiap syariat yang ditetapkan. kita khairun ummah (ummah yang terbaik) di sisi Allah... sewajarnya aqal yang dipinjamkan adalah sebagai tool atau alat utk kita mengenali allah dan memahami setiap hikmah penciptaNya. semoga segala nikmat ini sempta kita gunakan sebelum ia ditarik tatkala Allah berfirman "Kun Fayakuun", Aku kata jadi, maka jadilah...


ya ukhtieku sekalian.... bersama berpesan... tingkat tertinggi di sisi Allah adalah makhluk yang bergelar manusia... seindah hiasan adalah wanita solehah... setiap yang Allah kurniakan kepada kita adlah yang terbaik.... moga segalanya diberkati.... ahibbukafillah....






semoga kita sentiasa berusaha menjadi wanita mulia di sisiNya selaras dengan betapa tingginya darjat seorang wanita itu di sisi Islam... amin~