Monday, April 21, 2014

tuhan, aku sudah penat!

Tuhan adakah salah jika aku mempersoalkan keberadaanmu? Aku tidak dapat menipu diri ku yang sudah letih mencari jawapan-jawapan rationaliti yang kau timbulkan hasil adanya akal yang kau sendiri berikan. Tuhan jika kau benar-benar ada tunjukkanlah aku jalan. Terlalu banyak persimpangan yang aku temui dan aku tidak pernah mengetahui yang mana satu adalah jalan yang sebenar. Aku hanya terus berjalan dan berjalan. Sehinggakan setiap yang aku jumpa pun aku meraguinya adakah ianya benar-benar kebenaran yang dimaksudkan. Adakah ianya kebenaran yang seharusnya aku pegang. Ataupun ianya hanyalah persepsi aku sahaja. Aku buntu ya tuhan.

Hakikatnya aku tidak dapat menipu diri aku sendiri, di mana di dalam hati aku mempersoalkan segala perkara yang masih dahagakan jawapan, tetapi di dunia realiti aku tetap sujud kepada mu. Aku sedih apakah nilai sujud ruku’ ku pada ketika itu. Adakah ianya membawa makna apa-apa ataupun ianya hanyalah sekadar ritual yang tidak membawa makna. Tuhan jika benar kau ada, bantu aku untuk aku yakin. Yakin dalam erti kata yang bermakna bukannya yakin dengan membuta tuli.

Ya, aku tidak menafikan bahawa ketika ini aku sudah mula berasa tidak selesa. Aku bukan lagi berada dalam situasi yang selesa untuk aku berehat. Aku sudah mula tidak melakukan suruhanmu tuhan. Tetapi aku juga manusia yang dulunya aku yakin denganmu, tidak lari dengan ajaranmu yang mengatakan aku akan dijatuhkan hukuman sekiranya tidak melakukan suruhanmu. Namun tuhan, aku marah dengan diri aku sekiranya aku melakukan itu hanya kerana aku ingin berasa selesa, tetapi hakikatnya aku meragui keberadaan kau, kesucian teks yang kau turunkan, makna disebalik ritual yang kau berikan. Aku merasakan aku semakin jauh dari agama ini.

Kau juga yang membekalkan kami dengan akal. Namun, jika aku gunakan akal ini dengan sebaiknya, ianya semakin menjauhkan aku denngan agama yang kau ciptakan. Agama yang terlalu exklusif. Yang menitik beratkan soal arahan, hukum, balasan dan banyak lagi. Mengangkat tentang kebenaranya adalah tertinggi sehinggakan dengan nama agama, banyak perkara yang terlepas pandang. 

Hakikat kehidupan natural yang semakin hari semakin diabaikan oleh kerana pergaduhan yang tidak kunjung surut. manusia yang semakin rakus mengejar impian masing-masing. sifat pentingkan diri dan lupa kepada perkara yang lain. bukan sahaja kepada binatang, sesama manusia pun masih ada sahabat yang menikam satu sama lain, masih ada anak yang membunuh ibu bapa sendiri dan berbagai lagi. bilakah dunia ini akan aman ya tuhan? adakah ini yang engkau kehendaki sedangkan engkau satu masa dulu aku kenali sebagai yang maha kuasa.

Kau bekalkan kepada kami hati dan akal. Untuk hati mengatasi akal ianya sangat mudah, percaya sahaja, namun percayalah bahaya ianya tidak akan kekal lama dan akal tidak akan berasa tenang dengan hanya mempercayainya tanpa mendapat bukti yang kukuh.

tuhan, adakah susah sangat untuk kami memahami dan mengenaliMu? bagaimana kamu ingin berbicara kepada kami sedangkan kamu ibaratnya seorang raja yang tidak pernah kami dapat fahami dengan bahasa manusia yang engkau ciptakan ini? adakah terlalu sukar agama ini? 

Kadangkala aku bertanya, apakah bermakna lagi soal agama sekiranya sudah hilang rasa hormat kepada hidupan sesama hidupan di dunia ini. Yang berada di rumah yang sama iaitu bumi. Manusia menggunakan pelbagai alasan untuk menghalalkan setiap apa yang dilakukannya. Selagi boleh pasti ada sahaja alasan yang diberikan.

aku tertanya -tanya adakah agama ini sudah cukup sempurna. tidak ada sorang pun yang mampu mengatakan ia, makanya kit atidak cukup muslim? kemudian bagaimana kita harus memimpin yang lain sedangkan belum cukup bukti untuk aku benar-benar yakin padamu. perjalanan ini panjang. dan mungkin jugakkah kau kata agama ini sudah cukup sempurna, tetapi bagaimana? bagaimana kau katakan yang ianya sudak cukup sempurna sedangkan apa yang belaku manusia tetap berengkar untuk mewakilkan dirimu di muka bumi ini.

tuhan aku sudah penat~