Wednesday, October 12, 2011

rehlah oh rehlah....

bismillahirrahmannirrahim....


assalamualaikum... sahabat... moga antum sekalian di bawah redha Yang Esa....


kali ni i just wanna make it short and simple hopefully sume bole dapat sesuatu daripadanya....


430pm
ana: cepat2 petang ni ada rehlah...<excited barangkali> ada macam2... kayak, baling selipar, funny debate... 
bestnye.... mesti ramai yang turun... kite kne fikirkn sesuatu supaya semua dapat arahan yang jelas... anti bagi grouping, anti pulak biro keselamatan, kte kne jaga dyorang barangkali ada sebarang kecederaan, anta pulak jadi mc keseluruhan... <bla..bla...bla>


450pm
ana: kte kne gerak cepat, nanti x cukup masa....
kawan-kawan: panasnye hari ni... mesti dyorang penat menunggu...


5.05pm
<sampai kat padang> 
ana: oh, kte sampai dulu nampaknye...
seorang demi seorang datang berselang 5 minit...


530pm
ana; sepatutnya kita da start 30 jam awal...
mc: kte tunggu dulu la... ramai x de.... t cam ne nk jalan... nk kenal2... ni pun kawan2 kte... da kenal... erm, kte tunggu ye lg 10 minit....
... pending....


5.40pm
ana: x boleh ni kte kne ada plan b... kte start dengan rehlah dulu sementara tunggu orang datang... then, last nanti dalam 10 minit baru kte selesaikan objektif kita...
mc2: objektif kte bukan nk rehlah semata, ad yg lagi penting untuk kte sampaikan dalam objektif tu...
ana: macam ni...cancel sume aktiviti kayak n baling selipar , kte main funny debat je...
<hati da serabut.... Ya Allah... ujian lagi... x seperti mana yang dirancangkan... emosi dan tanggungjawab da lari... sedihnya>


550pm
bagi kumpulan, tajuk... utuk debat...< mana yang penting? mana yang capai objektif, eh... hati2 tu cam ne... jgn ambil pandangan islam melalui aku>


550-620pm
funny debate....
hahahahahaha <senyum walaupn x semanis selalu> kelakar dengan point yang dibahaskan
pe la tajuk..... 
PENCIL VS PEN siapa yang lagi best?
SAILORMOON VS DRAGON BALL siapa yg lagi hebat?
PAYANG VS BAJU HUJAN, siapa yang lg bermanfaat?


kawan a: bile nk main baling seliparnye miza... bosan la... kayak pun x de... malas la nk turun lagi....
ana: eh jgn la cam tu.... kte da x cukup masa ni... ada yang lagi penting untuk disampaikan...
kawan a dan kawan2nya: x pe la... nk balik la cam ni... bosan sgt....
ana: <hanya mampu tersenyum tawar> sorry ye kawan2...


635pm
sesi pengenalan.... <finally... tercapai juga...>
ana:< eh, dyorang sanggup turun dari klang utk join program yang x seberapa ni?? apa yang aku dah buat ni??>




hati ini sedihny.....
x atahu nak kata pe.... berbalik kepada muhasabah diri... mungkin ni salah aku...
satu side: eh, Allah x izinkan lagi la miza. Allah x buka hati semua ... banyak lagi tarbiah yg diperlukan... Allah ada plan lagi baik untuk kau... Allah ada hadiah lagi baik untuk kau
satu side: tarbiah dosa2 kau... hijab yang menghalang orang memahami kata2 kau.... jangan salahkan orang lain... tengok pada diri sendiri dulu... tingkatkn usaha untuk bersihkan hati...


suddenly sahabat datang: miza ni lah dakwah, x ramai yang turun, x ramai nk join, x ramai yang sangup bersatu...
ya BERSATU, tu yang kurang ada pada umat Islam sekarang... usaha2 untu menyatukan hati2 ni dipandang remeh... hakikatnya untuk menaikkan islam hati perlu bersatu menentang musuh


<huhu panjang plak>


the moral of the story ......
1.strategi tu penting dalam berdakwah.... plan a, b,c,d,....z.... sume tu mesti ada...
2.expect the unexpected
3.bersangka baik dengan Allah....
4. creatif dalam berdakwah....
5. pentingkan yang penting dari yang lebih penting... back to main idea... jgn selalu sgt keluar dari tujuan pe yang kita nk kn...
6. ada orang2 di blakang tu yang sanggup bermatian untuk islam, klu bukan untuk kte try utk grab peluang2 yg Allah bagi then siapa lg???
7. bersatu!!!

Sunday, October 2, 2011

LAYAKKAH AKU UNTUK DIUJI??


sesungguhnya diri ini diwakafkan untuk islam... so knp tanya layakkah aku diuji? knp tanya kenapa dalam banyak2 org aku juga yang diuji... wahai insan, didiklah hatimu agar sentiasa sedar hakikat seorang hamba kepada pencipta yang berkuasa.... wahai diri... sesungguhnya, KAMU LAYAK DIUJI... thanks to ABU SAIF for this great article... 
“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.
Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.
RUBUBIYYAH ALLAH
Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.
“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”  [Yunus 10: 31]
Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah. 
Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.
Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.
Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.
HAMBA YANG LUPA
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?
AYAT-AYAT CINTA
“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.
“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!
Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.
Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.
Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?
“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri. 
“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.
MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?
Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.
Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.
Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?
Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?
Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…
Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.
LUPA
Tetapi kamu terlupa.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki. 
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.
BAIK DAN MUKHLIS
Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.
Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]
Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.
Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. 
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]
Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

its all about mind setting!!! positive!!!


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

kejap je solat....

betul ker? cuba kaji balik secara mendalam..  


Dalam sehari kita diwajibkan bersolat 5 waktu. 

Subuh (2 rakaat), Zohor (4), Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak (4). Jadi berapa rakaat kita solat setiap hari? 

Jawapannya 17 rakaat.
  
Ok, berapa lama masa kita ambil sehari utk bersolat bagi setiap waktu? 

Katakanlah setiap rakaat kita ambil masa 2 minit, darab 17 rakaat bersamaan 34 minit.
 So, jumlah sehari bersamaan 24 jam. Cuma 34 minit sahaja kita perlu menyembahNya! 

Cuba kira berapa lama kita berbual dengan rakan kita dalam sehari? 

Ok, kita kira lagi dalam julat mingguan pulak….seminggu ada 7 hari..jika sehari kita perlukan 34 minit, seminggu kita perlukan 238 minit sahaja masa utk bersolat!!. 

Bandingkan pulak masa kita bershopping dan sebagainya…Lebih kan? 

Bagaimana pulak dengan sebulan? 

Ok, sebulan ada 4 minggu jadi 238 minit tadi didarabkan dengan 4 jumlahnya 952 minit sebulan!!! 

Kalau setahun? 952 minit sebulan tadi, darab dengan 12 bulan hanya bersamaan 11,424 minit!!! 

Jika kita tukarkan pula kepada mode jam, bererti hanya 190.4 jam setahun kita perlu bersolat!

 Jika ditukarkan pula kepada mode hari, kita hanya perlu solat dalam setahun hanya 7.93 hari utk mengadap yang Maha Esa!!! 


Sekarang kita ambil dari segi usia pula….

Kita ambil secara purata 60 tahun. 
Tolak 10 tahun, iaitu masa kita awal akil baligh, bermakna tinggal 50 tahun usia kita betul? 
Sekarang cuba bayangkan dalam tempoh 50 tahun tu, berapa jam masa yang kita perlukan untuk kita bersolat sepanjang hidup kita? 

Tadi kita telah memperolehi 190.4 jam setahun, jadi darabkan dengan 50. Jawabnya hanya 9,520 jam untuk tempoh 50 tahun. Bila ditukarkan kepada hari, ia menjadi 396.7 hari, iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun!!!

 Bayangkan dalam jangkamasa itu kita perlukan setahun lebih sahaja untuk bersolat!!! 


Sebenarnya terlalu sedikit masa yang diminta oleh Allah S.W.T untuk kita menyembahNya berbanding kenikmatan hidup yang telah diberikanNya sepanjang kita bernafas di muka bumi ini. Masa anda melancong, berhibur, tidur dan berbual-bual kosong tentulah berganda-ganda jumlahnya berbanding solat 5 waktu. Jadi jangan bazirkan hidup kita dengan perkara yang sia-sia. Renung2kan la..selamat beramal.

p/s : pesanan untuk diri sendiri.... sikit sgt waktu spent untuk KEKASIHMU... so banyak2kan la ibadah sunat dan tahajud....jangan malas2 lagi tau..bandingkan dgn nikmat Allah yang tak terkata banyaknya  =)

Tingginya wanita di sisi Islam

bismillahirahmannirrahim... sedikit coretan ana bawakan untuk tatapan enti sekalian 

...Wanita sebagai tulang belakang (Imam Muda Asyraf –forum wanita masa hadapan)...
Setelah Islam berkembang Nabi Muhammad saw cukup menyayangi dan menghargai wanita. Hadis Nabi saw menyatakan bahawa:

Sebaik-baik diantara kamu adalah sesiapa yang berbuat baik kepada isteri-isteri kamu.

Sehinggakan para sahabat yang ketika itu menyisihkan wanita. Selepas mendengar memeluk islam dan mendengar hadis nabi, para sahabat mengormati nabi dan akhirnya menghormati wanita.
hadis Rasulullah saw bersabda (menceritakan tentang nafkah kepada sahabat nabi):

wahai sahabatku, barang siapa yang pulang ke rumah dan memberi minum kepada isterinya maka baginya syurga Allah

walaupun hadis ini bermaksud memberikan nafkah kepada isteri mereka tetapi ada sahabat kurang faham menyediakan air untuk isterinya. Kemudian para sahabat balik ke rumah, bergegas untuk menyediakan secawan air bagi isteri-isteri mereka kerana berdakarkan pemahaman mereka apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah menyediakan air untuk isteri. Namun pada waktu sekarang ini, nak melihat sang suami menyediakan air untuk isteri amatlah payah. Mungkin mengambil air untuk isteri pun menjadi sesuatu yang tidak mungkin atau probabilitinya amatlah rendah.
                Dalam Islam sendiri banyak kisah-kissah yang menjadikan islam sebagai tulang belakang dalam penyebaran islam. Sebagai contoh, peristiwa Asma’ binti Abu Bakar ketika peristiwa hijrah. Jasa beliau cukup besa, di mana ketika itu Rasulullah bersembunyi di dalam gua. Dan tiada sesiapa yang mengetahuinya, dia melangkah bertemu Rasulullah dan Abu Bakar As-siddiq membawa makanan dan khabar berita. Asma’ merupakan orang yang sangat penting dalam penyebaran islam. Kerana tanpanya, kemungkinan besar dakwah Rasulullah tidak menyeluruh. Dan banyak lagi kisah-kisah dalam islam yang meninggikan wanita.

Islam ada berpesan agar kita menjaga 4 golongan terpenting dalam islam iaitu:

1.       Golongan remaja: kerana semangat dan tenaganya dalam usaha dakwah

2.        Golongan orang-orang tua : kerana pengalamannya diperlukan dalam membimbing usaha-usaha orang dewasa ( Nabi mahukan semangat orang muda digabungkan dengan pengalaman orang tua.)

3.       Golongan orang-orang kaya: supaya orang-orang kaya mampu member sumbangan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah ( membuat projek etc)

4.       Golongan wanita : kerana pemikiran wanita yang teliti dicampurkan pemikiran seorang lelaki yang lebih meluas menghasilkan gabungan yang mantap.

Akhirulqalam,
                Mendidik seorang lelaki bererti anda mendidik seorang individu, mendidik seorang wanita pula sebenarnya anda sedang mendidik sebuah generasi.... renung-renungkan dan selamat beramal
Mungkin dah tiba masanya ana dan anti sekalian bangkit, memperjuangkan agama dan berkhidmat seperti mana srikandi terdahulu berjuang. Kini banyak ruang-ruang kosong yang masih memerlukan pejuang, pemimpin, pengorak langkah seperti kita ini untuk maju ke hadapan dalam pelbagai bidang... biarkan Islam harum di serata dunia!!