Friday, April 29, 2011

Doktor bukan Tuhan

Sering kali bila kita sakit doktor suruh makan ubat. Takde plak doktor suruh buat benda lain pulak kan.
Doktor : Encik makan ubat ni ye. Nanti cepat sikit sembuh.
Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi tu tak elok la doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tak elok jugak sakit saya ni. Makin parah ada la saya rasa.
Doktor : Tak apa encik. Saya bagi ubat lain ye. Nanti encik makan. Jangan tak makan pulak.
Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor.
Doktor : Sama2 encik…

Apa niat kita masa makan ubat tu?
Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya power untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tak sedar bahawa dengan beranggapan demikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal ‘Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.
Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :

Pesakit : Assalamualaikum tuan doktor. Selamat pagi.
Doktor : Selamat pagi makcik.
Pesakit : Tuan doktor, makcik ni sakit kepala dah 3 hari dah. Dah pegi jumpa doktor kat klinik sebelah tu. Dia bagi ubat tapi tak hilang jugak sakit kepala makcik ni ha. Makcik rasa doktor tu tak rasi la dengan makcik.
Doktor : Ye ke makcik? Rasi macam mana tu?
Pesakit : Ye la. Bulan lepas makcik sakit gigi pegi jugak kat situ. Ubat yang dia bagi pon tak elok jugak. Makcik rasa bukan ubat yang tak elok. Tapi doktor tu yang tak reti bagi ubat agaknye. atau pun doktor tu tak ada power nak ubat pesakit.
Doktor : Oooo…gitu. Jadi makcik rasa saya ni ada power la untuk ubatkan makcik ni?
Pesakit : Ye la kot.
Doktor : Mana makcik tau? (sambil mengambil tekanan darah dan meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut)
Pesakit : Ye la. Sebab doktor ni nampak ada gaye doktor. Pastu bak kata org tu…ade “nokoh” jadi doktor.
Doktor : Hihihi….makcik ni kelakar la…
Pesakit : Apa yang kelakarnya doktor?
Doktor : Makcik….sebelum keluar rumah nak datang sini tadi makcik ada tak sembahyang hajat?
Pesakit : Takde pulak doktor. Kenapa doktor tanya camtu?
Doktor : Makcik….saya tak ada apa2 kuasa nak sembuhkan makcik. Ubat yg saya bagi jugak takde ape2 kuasa nak sembuhkan sakit kepala makcik.
Pesakit : ????? (dengan gaye mulut terlopong)
Doktor : Betul makcik.
Pesakit : Jadi ape guna makcik datang sini. Baik makcik blah cari doktor lain yang ada power….
Doktor : Nanti dulu makcik. Saya tak abis cakap lagi.
Pesakit : Ok doktor…teruskan…
Doktor : Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari Allah. Saya dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk menyembuhkan penyakit. Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia. Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar….bertambah lah dosa.
Pesakit : Oooo…macam tu rupanya.
Doktor : Iye makcik. Jadi, makcik betulkanlah niat makcik tu dan betulkanlah juga anggapan makcik tu ye. Lain kali kalau nak datang jumpa mana2 doktor, makcik sembahyang hajat dulu, ingat akan Allah. Niatkan tujuan makcik nak berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab ubat itu dan dengan izinNya penyakit makcik mudah-mudahan akan sembuh ye. Ingat makcik. Ubat atau pun doktor tak punya apa2 kuasa untuk sembuhkan penyakit….
Pesakit : Iye lah doktor. Terima kasih banyak kerana mengingatkan makcik ye. Ni ada ubat tak doktor?
Doktor : Ada makcik. Jangan risau. Makcik tau tak baca doa makan ubat?
Pesakit : Makcik biasa baca bismillah je….tak tau pulak ade doa khusus untuk makan ubat.
Doktor : Ada makcik. Ni ha saya dah tuliskan dalam kertas ni. Nanti masa nak makan ubat tu makcik baca dulu doa ni ye. Kalau makcik tak boleh baca, mintak tolong lah sesape yg boleh bacakan. Ini doa Bismillah Enam.
Bunyiknye dalam bahasa Melayu:

Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim

renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment