Tuesday, December 21, 2010

Mujahadah...


bismillahhirrahmannirrahim...

<hadis>
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

Riwayat al-Bazzar


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
  “setiap muslim diwajibkan menuntut ilmu”(hadis)

   “mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih  baik daripada sembahyang (sunat) 100 rakaat”(hadis)

    “sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana meredhai apa yang dilakukan olehnya”(hadis)

   “sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu”(hadis)

Mas’ab bin Zubir berkata:

Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok  bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta”(hadis)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Dua perkara yang tidak memuaskan iaitu menuntut ilmu dan menuntut dunia”
(Riwayat Ibnu Addi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya
(Riwayat Ibnu Majah)

Seorang ulama yang bernama Ibni Abdul Bari membincangkan tentang ilmu dan kepentingannya terhadap seseorang manusia.Beliau menggambarkan tentang peri pentingnya seseorang insan itu menuntut ilmu dengan meluahkan pandangannya melalui kata-kata hikmat berikut:

          Pelajarilah ilmu,kerana……..
·         mempelajarinya kita akan takut kepada Allah
·         menuntutnya adalah ibadat
·         membincangkannya adalah bertasbih
·         mencarinya adalah berjihad
·         mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah
·         memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah

Kerana ilmulah…………….
·         petunjuk kepada Allah antara yang halal dan haram
·         menara kepada penghuni syurga
·         teman di saat kesunyian
·         rakan dimasa keseorangan
·         teman berbicara di waktu khulwa
·         petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan
·         senjata dalam menghadapi musuh
·         perhiasan di saat bersama teman-teman

Dengan menguasai ilmu
·         Allah mengangkat tinggi  kedudukan banyak kaum
·         Allah ad jadikan mereka pemimpin yang tegak
·         Jejak langkah mereka diikuti
·         Perbuatan mereka dicontohi dan;
·         Pendapat mereka dijadikan pemutus

peringatan nie bukan ana tujukan semata2 untuk antum... ana juga memperingatkan diri ana... ya Allah.. tanpa kita sedari sebenarnya terlalu bayak ayat2 dan hadis2 Allah yang memperingatkan kita tentang kepentingan ilmu... tapi kita selalu beri alasan untuk pergi majlis ilmu.... kadang2 ana pon camtue gak... huhu... tp walau mcammanapun kita mesti ada sesuatu kekuatan yang cuba untuk memperbaiki diri kita...
Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, nengok Youtube
  • Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali
sumber: iluvislam...
Doa elakkan pelupa

وَلا وَأَعْطِنَا تُهِنَّا، وَلَا وَأَكْرِمْنَا تَنْقُصْنَا، وَلَا زِدْنَا اللَّهُمَّ وَلا وَأَرْضِنَا عَلَيْنَا، تُؤْثِرْ وَلَا وَآثِرْنَا تَحْرِمْنَا،

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.doa elakkan

No comments:

Post a Comment