bismillahirahmannirrahim...
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah bahagian yang teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru berpesan-pesanlah tetang wanita (dengan kebaikan).” Hadis Sahih Riwayat Bukhari Dan Muslim.
Adakah hadis di atas bermaksud kaum waita secara umumnya dijadikan Allah daripada tulang rusuk lelaki? Didalam Al-Quran jelas menyatakan manusia berasal daripada nutfah (air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali Nabi Adam dari tanah.
“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nutfah” Surah Al-Haj ayat 5.
Berdasarkan ayat Al-Quran diatas dengan jelas berhubung kejadian manusia,oleh itu hadis tidak dapat mencanggahinya .Justeru hadis ini tidak boleh ditafsirkan dalam bentuk mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya fokus hadis ini bukannya berkenaan asal usul kejadian wanita sebaliknya berkenann kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik.
Di dalam Kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa
“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk” Imam Qartubi
bukannya dicipta dari tulang rusuk.
pasti antum sekalian tertanya-tanya... knapa ana share hadis ini... hakikatnya ana baru mengetahui suatu fakta yang menarik... tetapi sebelum itu, iziinkan ana membawa antum sekalian masuk ke dunia medic sebentar...
td ana ade disection class seperti biasa... ari nie tajuk abdominal wall.... then, ana dapat suatu ilmu yang agak menarik...
'asal kejadian manusia adalah satu jantina sahaja iaitu lelaki'
statement tue membawa makna yang mendalam... ana selidik dan bincang ngan tutor.... then surprisingly ... scientific reason given was:
di awal kejadian manusia... chromosome akan pair up dan perkara pertama yang ditentukan adalah sex... but then, ana diberitahu bahawa... semua aka menjadi lelaki (XY) dan semua characteristic lelaki telah develop dalam badan kita by the aid of testosterone-a type of hormone... then... bila chromosome dapat the exact information bout (XX) then the estrogen will degenerate the testosterone production... akhirnya semua yang telah terdevelop awal akan degenerate... dan di gantikan dengan element wanita,.... untuk pengetahuan remnant degeneration of testis in women still the there... but not prominent as male...
Subhanallah... sungguh menakjubkan ciptaannya... dunia medic nie betul-betul buat ana bersyukur dan mengagumi kebesaran Allah dalam menciptakan sesuatu... Allah maha mengetahui... maha Bijaksana... dalam badan ana sendiri tidak tersangka betapa banyak reaction... metabolism... reflexes... dan complex thing happen dalam semua perkara... walaupun tidur, angkat tangan dan sekomplex mungkin seperti forced expiration (eg: sneezing, cough)...
Allahuakbar... Allah maha besar...
wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah: dan Dialah yang maha kaya (tiddak memerlukan sesuatu), maha terpuji....(Fatir 35:15)
Allah lah yang mengetahui sesuatu sedang hambanya tidak tahu.... Ya Allah sungguh luas ilmu mu...
akhirul qalam dr ana: tuntutlah ilu sehingga negeri cina... jihad di jalan allah moga Allah permudahkan segalanya...
No comments:
Post a Comment