Tuhan adakah salah jika aku mempersoalkan keberadaanmu? Aku
tidak dapat menipu diri ku yang sudah letih mencari jawapan-jawapan rationaliti
yang kau timbulkan hasil adanya akal yang kau sendiri berikan. Tuhan jika kau
benar-benar ada tunjukkanlah aku jalan. Terlalu banyak persimpangan yang aku
temui dan aku tidak pernah mengetahui yang mana satu adalah jalan yang sebenar.
Aku hanya terus berjalan dan berjalan. Sehinggakan setiap yang aku jumpa pun
aku meraguinya adakah ianya benar-benar kebenaran yang dimaksudkan. Adakah
ianya kebenaran yang seharusnya aku pegang. Ataupun ianya hanyalah persepsi aku
sahaja. Aku buntu ya tuhan.
Hakikatnya aku tidak dapat menipu diri aku sendiri, di mana
di dalam hati aku mempersoalkan segala perkara yang masih dahagakan jawapan,
tetapi di dunia realiti aku tetap sujud kepada mu. Aku sedih apakah nilai sujud
ruku’ ku pada ketika itu. Adakah ianya membawa makna apa-apa ataupun ianya
hanyalah sekadar ritual yang tidak membawa makna. Tuhan jika benar kau ada,
bantu aku untuk aku yakin. Yakin dalam erti kata yang bermakna bukannya yakin
dengan membuta tuli.
Ya, aku tidak menafikan bahawa ketika ini aku sudah mula
berasa tidak selesa. Aku bukan lagi berada dalam situasi yang selesa untuk aku
berehat. Aku sudah mula tidak melakukan suruhanmu tuhan. Tetapi aku juga
manusia yang dulunya aku yakin denganmu, tidak lari dengan ajaranmu yang
mengatakan aku akan dijatuhkan hukuman sekiranya tidak melakukan suruhanmu.
Namun tuhan, aku marah dengan diri aku sekiranya aku melakukan itu hanya kerana
aku ingin berasa selesa, tetapi hakikatnya aku meragui keberadaan kau, kesucian
teks yang kau turunkan, makna disebalik ritual yang kau berikan. Aku merasakan
aku semakin jauh dari agama ini.
Kau juga yang membekalkan kami dengan akal. Namun, jika aku
gunakan akal ini dengan sebaiknya, ianya semakin menjauhkan aku denngan agama
yang kau ciptakan. Agama yang terlalu exklusif. Yang menitik beratkan soal
arahan, hukum, balasan dan banyak lagi. Mengangkat tentang kebenaranya adalah
tertinggi sehinggakan dengan nama agama, banyak perkara yang terlepas pandang.
Hakikat kehidupan natural yang semakin hari semakin diabaikan oleh kerana
pergaduhan yang tidak kunjung surut. manusia yang semakin rakus mengejar impian masing-masing. sifat pentingkan diri dan lupa kepada perkara yang lain. bukan sahaja kepada binatang, sesama manusia pun masih ada sahabat yang menikam satu sama lain, masih ada anak yang membunuh ibu bapa sendiri dan berbagai lagi. bilakah dunia ini akan aman ya tuhan? adakah ini yang engkau kehendaki sedangkan engkau satu masa dulu aku kenali sebagai yang maha kuasa.
Kau bekalkan kepada kami hati dan akal. Untuk hati mengatasi
akal ianya sangat mudah, percaya sahaja, namun percayalah bahaya ianya tidak
akan kekal lama dan akal tidak akan berasa tenang dengan hanya mempercayainya
tanpa mendapat bukti yang kukuh.
tuhan, adakah susah sangat untuk kami memahami dan mengenaliMu? bagaimana kamu ingin berbicara kepada kami sedangkan kamu ibaratnya seorang raja yang tidak pernah kami dapat fahami dengan bahasa manusia yang engkau ciptakan ini? adakah terlalu sukar agama ini?
Kadangkala aku bertanya, apakah bermakna lagi soal agama
sekiranya sudah hilang rasa hormat kepada hidupan sesama hidupan di dunia ini.
Yang berada di rumah yang sama iaitu bumi. Manusia menggunakan pelbagai alasan
untuk menghalalkan setiap apa yang dilakukannya. Selagi boleh pasti ada sahaja
alasan yang diberikan.
aku tertanya -tanya adakah agama ini sudah cukup sempurna. tidak ada sorang pun yang mampu mengatakan ia, makanya kit atidak cukup muslim? kemudian bagaimana kita harus memimpin yang lain sedangkan belum cukup bukti untuk aku benar-benar yakin padamu. perjalanan ini panjang. dan mungkin jugakkah kau kata agama ini sudah cukup sempurna, tetapi bagaimana? bagaimana kau katakan yang ianya sudak cukup sempurna sedangkan apa yang belaku manusia tetap berengkar untuk mewakilkan dirimu di muka bumi ini.
tuhan aku sudah penat~