Tuesday, January 17, 2012

HIDUP DENGAN MEMBERI

Hari ini nak kongsi satu cerita yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s semuga menjadi peringatan untuk diri aku sendiri.
Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoaka kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.
Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.

Sunday, January 1, 2012

buku baru...

bislillahirrahmannirrahim....

selamat tahun baru 2012... harapnya x terlewat nk wish semua... moga2... tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya....

speciallny sambutan countdown tahun baru ini... x pernah orang buat countdown dalam hutan... tapi kami berjaya mencipta record tu.... dengan adanya persembahan bunga api sebanyak 7 das... Alhamdulillah... walaupun simple tapi menarik....

baru sahaja balik dari KEM TAUTAN HATI PSIPUM... anjuran PERSATUAN SISWA/I PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA... atau dikenali dengan nama PSIPUM....

dengan kekuatan seramai 51 orang peserta...30 orang ajk... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... kem yang bertemakan 'Bersama Mengenal Tuhan' di sasarkan mainly untuk pelajar 1st yer tp Alhamdulillah mendapat sambutan hebat termasuklah dari dental sendiri... sedih tika mengenangkan adik2 usrah farmasi, biomed dan radio yang x dapat bersama join kerana peperiksaan final sem 1 akan bermula esok... tp BERSYUKUR atsa kurniaan Allah... tahu apa yang Allah takdirkan Insyaallah itulah yang terbaik...

persiapan nak adakan kem ini bukanlah sesuatu yang mudah... pengorbanan setiap ajk yang banyak menghulurkan bantuan... kerjasama dalam memastikan kem ini berjaya... stay up untuk persiapan terakhir... ada yang tidur dalam masa 1 jan, 2 jam, dan ada yang x tidur langsung... satu2 masa bilik yang muat untuk 3 orang dipenuhkan hampir 10 orang atau lebih, kerana membatu menyiapkan kerja antara satu sama lain... manisnya ukhuwah di situ... harapnya peserta dan ajk mendapat kemanisan tarbiah di sini...

tp nk kate ianya tetap BEST!!

pengalaman kali ke dua... 1 hari setengah x tidur.... & malam pertama kem tidur di hospital... tp ni sume pengalaman... yg x dapat nk beli ngan wang ringgit... 

statement x tahan dari trainer kem.. masa jungle tracking selepas seorang peserta menjerit kerana takutkan pacat... mcm mane ni doctor pon takut pacat?? walaupun lawak tetapi ada maksud tersirat di situ yang kita boleh ambil pengajaran... manusia ni serba kekurangan... lihat sahaja.. Allah x bagi kesempurnaan dalam diri seorang manusia... sifat kesempurnaan tu hanyalah pada Allah...

terima kasih ya Allah... nk tahu pengalaman best kem ni lain kali kte cerita k.... wallahua'lam...