Monday, March 7, 2011

"Bertauhid secara ilmu mudah, bertauhid secara amalan amat susah. Buktinya saya datangkan beberapa contoh....
 

Pertama, seorang yang berjaya di bidang ilmu atau di bidang pembangunan kalau dia merasa hasil kemampuannya bukan anugerah Allah ertinya orang itu belum bertauhid, dia berbangga bukan malu, dia belum bertauhid. 


Kedua, seorang yang sedang berhadapan dengan nikmat tidak merasa ia dari Allah, dan tidak berasa malu dengan Tuhan, tidak merasa takut kalau tidak boleh bersyukur, tidak bimbang apakah ia menerima atas RAHMAT ALLAH ATAU ISTIDRAJ dari Allah, belum bertauhid namanya. 


Ketiga, seorang yang mendapat kesusahan seperti miskin, bencana alam, sakit, dizalimi orang dia rasa kecewa, adakalanya sampai putus asa, syariatnya merosot ertinya dengan kesusahan itu dia bertambah derhaka dengan Allah, itulah tanda dia tidak bertauhid..."
~iBNU sOLEH~

Cintailah Allah takutilah Dia, kasihilah sesama manusia ..


Maaf-bermaafan sesama jadikan budaya
Yang miskin dibantu yang kaya membantu
Rasa bersama dan bekerjasama perlu ada

Bertolak ansur di dalam pergaulan mestilah ada
Bertolong bantu sesama bertolak ansur di dalam kehidupan


Ziarah-menziarahi waktu perlu jangan ditinggalkan
Ia adalah di antara rukun masyarakat manusia

Tinggalkan sombong,
 mencari nama dan glamor
Kerana ia dilarang oleh Allah Tuhan kita

Orang benci, orang tidak suka, orang mengata
Hanya tersinggung, 
boleh membawa renggang sesama manusia

Jauhilah dosa dan noda yang membawa ke Neraka
Tuhan benci, 
Tuhan murka manusia juga tidak suka


Buat baiklah sesama manusia sedaya upaya
Kerana itu boleh membawa kasih sayang dan mesra

Aib orang jangan dibuka bahkan ditutup
Ia adalah satu sifat yang mulia lagi disuka

Menutup aib orang Tuhan akan menutup aib kita
Begitulah Tuhan menyuruh menutup aib sesama manusia...
~Ibnu Soleh~

Formula Perpaduan...



Cintakan Allah, membawa cinta sesama manusia

Cinta sesama manusia 
membawa perpaduan sesama sebangsa

Cinta sebangsa membawa cinta sesama manusia

Baru kita tahu perpaduan itu diikat oleh 
cinta manusia dengan Allah

Rahsia perpaduan adalah cintakan Allah
Allah Taala adalah tali pengikat perpaduan bangsa

Kalau bukan cintakan Allah, 
cinta sesama manusia tak akan ada

Jika cinta sesama manusia tidak wujud, 
perpaduan bangsa tidak mungkin menjelma

Formula atau kaedah perpaduan adalah cintakan Allah 
Janganlah cari formula-formula atau kaedah selainnya

Perpaduan yang diikat oleh selain Allah
Adalah perpaduan yang reput dan rapuh

Untuk perpaduan bangsa 
marilah kita perjuangkan cintakan Allah lebih dahulu 

Setelah cintakan Allah, otomatis perpaduan akan berlaku
Janganlah perjuangkan perkara-perkara lain lebih dahulu

Kalau kita lakukan habis masa terbuang 
perpaduan bangsa tidak akan menjadi kenyataan

Jangan syak lagi, jangan sangsi
Bahawa perpaduan bangsa itu 
adalah cintakan Allah lebih dahulu

Perjuangkanlah Allah agar dia dicintai
Perpaduan bangsa akan berlaku secara realiti...

~Ibnu Soleh~

Saturday, March 5, 2011

semuanya Kerana Allah...



Melalui kerja-kerja amal yg kita nak buat, kita juga boleh niatkan untuk mengubah, mendidik diri kita sendiri.. 
Setiap perkara dalam hidup, sekecil mana pun boleh dikira sebagai ibadah..
Kita pun taknak buat kerja2 ni sia-sia kan.. Moga2 Allah terima..
Tindakan2 kita boleh menjadi ibadah sekiranya lulus tempuh 5 syarat:-
ulangkaji untuk diri ni jugak..
1) Niat Mesti Betul
2) Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat
3) Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat.
4) Natijahnya memberi Manfaat
5) Tidak Meninggalkan Ibadah Asas atau Perkara2 yg wajib dibuat dulu.. spt Sembahyang, Puasa dn lain2....


teruskanlah buat sesuatu jika kita rasa kita lakukannya mendapat redha Allah.... sanggup bertanggungjawab dgn perlakuan sendiri.... walaupun membunuh tue kita rasa dapat redha Allah teruskn... berbanyakkan amalan untuk mencapai redha Allah...

Monday, February 21, 2011

Mencari yang Maha Satu




Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua lahir sempurna, 
tak semua lurus jalannya,
bermulalah cerita dan dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha yang Esa 
wujud aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari maha Esa

Aku akui ada langkah serongku
taklah hasratku setajam itu
Yang amat ku risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

Sunday, February 20, 2011

salam atau as-salam??

bismillahirrahmannirrahim....
salamun alaik...
lately banyak yang ana baca tentang isu perdebatan tentang ucapan salam... hakikatnye ikhlas ana katekan pd mulanya ana terasa tidaklah salam klu kita mewakilkan ucapan assalamualaikum dengan perkataan salam dan sewaktu dengannye... seseorg itu x kn bermaksud untuk memberi salam jika dy tulis... tp teguran org ana terima seadaanya... terima kasih kerana memberi teguran...

kali ini ana kongsikan beberapa pendapat dari pelbagai pihak....

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“
* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum."
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya

NI ADALAH JAWAPAN UST ZAHARUDDIN TTG HAL INI SINGKATAN " SALAM"..

Salam,
Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email danlain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yangpertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..

Wallahu'alam..

(SAMBUNGAN DARI ANA) Jika kita berterusan berpandangan cara ini dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada satu kes baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja, kerana ejaan Assalamualaikum tidak tepat dari segi bacaan dan panjang pendeknya..
Na'uzubillah dari perbahasan yg hanya akan lebih menyusahkan org awam..

Berikut adalah sebahagian ayat-ayat Al-Quran, yg menggunakan “Salaam” dan membawa maksud yang baik, sama dengan lafaz “Assalamu’alaikum”..

Al-An’am, 54

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka ka...takanlah: "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Al-A’raf, 46

وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Yunus, 10

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ

Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)

Hud, 69

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Hasil daripada pencarian ana, ayat-ayat Al-Quran menggunakan "Salaam" untuk membawa maksud "kesejahteran, dan keselamatan"..

Justeru, bagi ana menggunakan "Salaam" adalah sama sekali tidak salah!~

Yg salah, jika menggunakan kalimah "As-saam" ...sebagaimana datangnya dalam satu hadis yg mana orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja.
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tambahan Info:
Merujuk kepada Lisanul 'Arab (Salam):
والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مؤمنين
Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin (penghuninya)"
ويقال السَّلامُ عليكم سَلامٌ عليكم سَلامٌ بحذف عليكم ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً
Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa "alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah..

Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..
(Rujukan Lisanul 'Arab)

Wallahu'alam..

Thursday, February 17, 2011

Masih Islam atau sudah beriman...

Masih islam atau sudah beriman?

(Menyambut hari lahir Nabi dengan memakai baju raya, berarak beramai-ramai sambil berselawat, dah penat boleh makan, sebelum tu, dengar ceramah dulu)
Asalamulaikum pada para hadirin sekalian, yang di muliakan pengerusi surau, yang pakai baju melayu johor indigo tu, yang berbahagia, ketua kampong, amboi cantiknya songkok, dan yang di hormati, rakan masjid, AJK, JKKK, iman, bilal, tok siak, dan semua tuan tuan, puan puan , adik kakak, serta seluruh para hadirin sekalian.

Asalaaaaaaaaaamulaikum, warahmatullahiwabarakatuh.

(para hadirin menjawab salam secara bergemuruh)
Dah penat berarak, dah berpeluh ketiak baju melayu dan baju kurung masing masing, dan lengoh berkopiah-bersongkok, sehingga ada yang dah menolak kebelakang sehingga terdedah jambul.., orang perempuanpun make up dah ada yang pudar, gincupun dah tertenyeh ke pipi letika lap peluh.., suara pun dah serak, sebelum acara makan, kita dengar tazkirah sepatah dua kata dari saya yang dijemput khas, jauh dari kampong tuan tuan, karang jika bagi makan dulu, takde siapa yang nak dengar tazkirah.., jadi sila sabar sikit kerana terpaksa dengar ceramah dalam keadaan penat, saya pun lapar juagk..

(hadirin ketawa kelaparan)
Tuan tuan dan puan puan sekalian, apabila orang kapir hendak masuk islam, syarat pertama mereka kena buat adalah, mengucap dua kalimah syahadah., iaitu:

“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi MUHAMMAD adalah PesuruhAllah.

Siapa yang mengucap dua kalimah ini, maka sudah islamlah dia..,

Baik, sekarang saya nak tanya.., adakah ‘orang islam’ dan ‘orang beriman’ itu berbeza? Atau sama?

Boleh jawab Pak Mat?

(Pak Mat selaku bilal, terkejut di tanya seolan begitu, lalu tersenyum kambing tanpa sepatah kata, yang buat hadirin ketawa)
Jawapannya, berbeza Pak Mat…, ‘orang islam’ dan ‘orang beriman’ itu berbeza…

Dalam Al quran, surah Al-Hujurat ayat 14 ada menceritakan kisah seorang arab badwi berkata kepada Nabi Muhammad SAW,

“Wahai, Muhammad, kami telah beriman,”

Maka Allah bagitahu, Katakanlah wahai Muhammad kepada orang badwi itu bahawa: janganlah berkata ‘Kami telah beriman’, katakanlah sahaja: ‘Kami telah Islam..’

Dari ayat ini, dapat kita fahami, bahawa bila seorang itu masuk islam, maka status islamnya adalah betul, tapi belum tentu status sama ada dia benar benar beriman, atau sekadar ‘islam..’

Jadi, sekarang cuba kita check, Pak Mat dan hadirin sekalian, andai kata Nabi Muhammad SAW masih ada, lalu kita ucap macam orang badwi tu cakap, agak agak, adakah nabi akan akui keimanan kita sebagai orang beriman, atau kita ni sekadar jatuh kepada status hanya seorang islam?

(berhenti sekejap, minum air mineral water, sambung balik)
Cuba fikir, agak-agaknyalah, apakah diri kita ini termasuk orang Islam dalam kategori orang-orang yang benar-benar beriman, atau kita sekadar termasuk dalam golongan yang hanya bergelar umat Islam... , islam pada nama, itu kita kena jawab dalam diri masing-masing..

Sebenarnya tuan tuan dan puan puan, balik pada kalimah syahadah tadi, perlu di fahami, bahawa kedua dua kalimah itu mewakili kepada kalimah IMAN untuk LA ILLA HA ILLALLAH, manakala, kalimah MUHAMMAD RASULLULLAH pula mewakili kalimah AMAL.

Jadi, di sebalik kalimah IMAN dan kalimah AMAL ini, sebenarnya terdapat TANDA yang menujukkan bahawa kita ni layak di iktiraf sebagai orang beriman, atau sekadar orang islam sahaja, mari kita check.

Mula mula, kita pergi kepada kalimah syahadah yang pertama, iaitu kalimah IMAN.

Dalam Al quran bagitahu,, orang beriman ini ada tanda tandanya. Rujuk surah Al Anfal ayat 2,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka”

Dalam ayat ini, menggambarkan tanda orang beriman, yang apabila mendengar nama Allah, maka hatinya akan gementar..

Contoh, Pak Ali ketua kampong, yang pakai baju melayu sampai butang atas tu, Pak Ali, pisang! Pisang!

(Pak Ali terpinga pinga, mendengar namanya dan nama pisang di sebut oleh penceramah, tapi senyum bila mendengar hadirin ketawa)
Sekarang, Pak ali, Allah, Allah!..,

(Pak Ali masih terpinga pinga, lalu membuka songkok yang cantik, dan menggaru-garu kepala, ada hadirin yang ketawa)
Tengok, tuan tuan, hadirin sekalian, bila saya sebut nama pisang, tak ada rasa takut pada muka Pak Ali,.. pisang? Apa nak takut? Kemudian, apabila saya sebut nama Allah, pun muka Pak Ali tak berubah.., ini keimanan kita hari ni., dengar nama Allah tak takutpun, tak rasa apa-apa, naduzubillah..

Sahabat nabi, dengar azan berkumandang, muka dah pucat, terus tinggal kerja dunia dan menuju masjid, kita hari ini, dengan azan, dengar nama Allah di laungkan, buat muka bodoh jer sambil teruskan basuh kereta, atau tengok TV, memang bangang, dan bertambah bangang jika dah tahu bahawa hati tak takut pada Allah, tapi tak buat usaha untuk menambahkan ketakutkan pada Allah.., yang lebih bangang lagi, jika dengar nama Hantu puaka, takut menggigil, dengar nama Allah, macam dengar nama pisang jer.., langsung tak takut..

Puntianak!!, Mak Lampir, Niyang Rapik!! makan Pak Abu yang pakai baju indigo tu..

(Muka Pak Abu berubah ketakutan.., hadirin ketawa, dan penceramah minum air mineral jap)Pak abu jangan kecik hati, tanda orang beriman, adalah tak mudah kecik hati..

Ok, kedua, tanda orang beriman, bila dibacakan ayat Allah, maka bertambah keimanan dia, baca makna al quran, atau dengar hadith Nabi, akan bertambah keghairahan untuk beramal kerana yakin dengan janji Allah dan ancaman Allah.., kita boleh check, kenapa jika dengar hadith Nabi, kita buat bodoh jerr, dengar bacaan Al quran, pun masih buat bodoh.. , kenapa?

Sebab kita masih belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman.., kita masih pada tahap ‘islam’.., kena sedar benda ni, dan buat usaha.., Boleh Pak Abu?

(Pak Abu angguk angguk dengan muka cemas, dan hadirin ketawa lagi)
Amboi, Pak cik Kasim, pengurusi surau.., kuatnya ketawa.., check diri masing masing, dengar hadith nabi teruja ke, atau dengar menantu Pak De jual catalog MLM buat korang jadi teruja., Saya tengok, orang ‘islam’ ramai yang lebih teruja dengar ceramah MLM dari dengar hadith kitab fadahail.., datang cerita kelebihan system pyramid, dan kelebihan jadi jutawan lalu tunjuk gambar tersenyum di sisi kereta mewah, terus si bengong percaya dan habiskan duit simpanan masuk MLM tapi tak kaya kaya jugak, lepas tu masuk pulak MLM tu, MLM ni.., yakin sangat dengan janji dunia, senang senang kena tipu, sedangkan janji Allah, iaitu bila sedekah, Allah akan lipat ganda, jika bayar zakat, Allah akan lipat lagi kali ganda, tak buat pulak korang, berimankah kita?, atau hanya islam di bibir sahaja..

(suasana kelihatan tegang, dan hadirin kelihatan serius macam nak marah pada penceramah, maklumlah ramai sudah antara mereka yang tertipu dengan MLM, latans pencaramah berseloroh..)
Ini, bukan orang sini, ini tempat lain..

(hadirin ketawa bagai nak rak dengar ungkapan terakhir penceramah, kelakar sebab orang bengong yang di maksudkan penceramah tadi adalah orang kampong lain, kelakar ha ha ha)
Baik, kat mana tadi.., oh ye, , ada banyak lagi tanda orang beriman iaitu.., tapi saya malas nak ulas sebab tengok muka tuan tuan dan bosan dan lapar sebab penat berarak tadi.., maka..

(Para hadirin kelihatan bertambah teruja kerana ceramah dah nak habis)
Kita bincang akan kalimah kedua dalam kalimah syahadah, iaitu kalimah AMAL. Kalimah Muhammadurasulullah..

(muka hadirin kembali bosan)
Amal yang utama dalam islam, adalah amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, siapa yang solat tak ikut cara Nabi, atau berkahwin tak ikut cara Nabi, atau sembelih ayam tak ikut cara Nabi, dan lain lain, maka amalan mereka di kira tak sah, haram dan boleh masuk neraka..

Orang yang taat perintah Allah, ikut cara Nabi, adalah tanda orang beriman, dan orang yang taat perintah Allah, tapi ikut nafsu, maka itu tanda mereka belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman.., solat perintah Allah, tapi melengah-lengahkan sebab nafsu malas, boleh masuk neraka, itu yang solat, yang tak solat.., lagilah, malahan ada hadith mengatakan orang islam jika tak solat, dah boleh jadi tahap macam orang kapir, naduzibillah…

Maka, sempena Maulidul Rasul, satu Malaysia, satu Ummat, saya menyeru kepada diri saya dan tuan tuan agar kita kembali mengikut cara Nabi dalam semua segi, kerana dalam diri Rasullullah itu, mempunyai segala ikutan yang baik.

Hari ni, cuba kita check, bila kita tengok orang dapat amalkan sunnah Nabi, apa perasaan kita, cemburu atau sakit hati?

Jika cemburu atau dalam bahasa arabnya ‘ghibtah’.., maka itu adalah tanda dah ada asas keimanan..,

Ramai orang islam hari ni, rasa sakit hati bila tengok orang dapat amal sunnah Nabi, memang teruk!!

Bila tengok kawan kawan simpan janggut, rasa menyampah, tengok jiran pakai jubah, rasa semak mata, tengok abang ipar guna kayu segi, rasa abang ipar tu pengotor dan kuno, hidu bau kawan yang pakai minyak wangi, rasa macam bau tu busuk, jumpa peniaga yang bercelak mata, rasa tak selesa.. kenapa jadi macam tu?

Itulah tanda hakikat kalimah AMAL belum ada dalam diri..

Sebab diri tu kotor sehingga Sunnah nabi menjadi hina..

Tak mampu amal itu cerita lain, tapi dalam hati rasa benci semacam dengan orang yang cuba hidupkan Sunnah nabi, memang pelik..

Itu baru cerita bab Sunnah penampilan Nabi, belum lagi cerita bab amal Nabi, ramai jugak orang islam sendiri yang benci dengan amalan Nabi, contoh: tengok orang ulang alik ke masjid, korang anggap mereka riak, pendakwah datang rumah, rasa terganggu, tengok jemaah sedang berdakwah, rasa mereka sedang buang masa.., tengok ustaz tidur di masjid, tuduh mereka bergaduh dengan bini.. dan macam macam lagilah!

Katahuilah, perasan perasaan hampeh ini datang, kerana kita belum lagi beriman seperti orang yang beriman telah beriman, kita baru jadi orang islam, kita tak nak paham sunnah Nabi, tak nak belajar sunnah Nabi, dan rasa sakit hati kepada mereka yang amal sunnah Nabi, sehingga mereka yang ikhlas dalam poligami lalu berkahwin dengan janda tua, di tuduh gila seks mania! Apa ke jadah! Bengong!

Err.., Ini, bukan orang sini, ini tempat lain..

(hadirin yang rasa tegang, tiba tiba ketawa kembali)
Sahabat Nabi dalam bab mengikut sunnah mereka ikut 100%, Sirrah Nabi,,(Penampilan) Surrah Nabi,(perbuatan) dan Sarirrah Nabi.., (pemikiran)

Kita hari ni, usahkan nak belajar cara Nabi berfikir, belajar cara penampilan Nabipun dah malas..
Hindun, isteri Abu Sufian ketua Mekkah, pernah mengupah Wasyi yang mahir melembing, untuk membunuh Hamzah RA iaitu bapa saudara Nabi, dalam perang uhud, Hamzah kemudiannya, telah terbunuh ditangan Washi. Tak cukup itu Hindun telah datang dan melapah mayat Hamzah manjadi daging berkecai..

Nabi bila tengok mayat bapak saudaranya di lapah jadi daging hancur, rasa sangat marah, dan ingin melapah 70 mayat orang kapir, tapi Allah tidak benarkan dan Nabipun batalkan niat untuk seksa mayat orang kapir.

Bila tiba zaman pembukaan kota Mekkah, zaman kemenangan islam, iaitu 20 tahun lebih kurang, Washi telah masuk islam dan jumpa Nabi mengaku bahawa beliaulah yang bunuh bapa saudara Nabi, Hamzah RA, Nabi Muhammad SAW yang belum melupakan kejadian lalu telah menasihati Washi agar tidak bertentang mata dengan beliau, maka Washi sepanjang hayat Nabi, dan dalam majlis Nabi, selalulah beliau berada di bahagian belakang Nabi.

Apabila Nabi wafat, dan apabila para Tabieen (orang yang hidup di zaman sahabat) ingin belajar tentang Sunnah Nabi, mereka telah belajar dari pelbagai sehabat, dan yang special nya, untuk belajar rupa Nabi dari belakang, Washi lah orang yang paling tepat dalam meriwayatkan hadith tentang sunnah rupa Nabi dari pandangan belakang..

Jadi hari ni kita check diri masing masing, Usahkan Sunnah Nabi dari pandangan belakang, seperti bab ekor serban, lengkuk rambut dan lain lain, Sunnah Nabi pandangan depanpun masih ramai yang tak tahu, masuk tandas cara nabi, pun ramai tak tahu, makan cara Nabi, pun ramai tak tahu, tidur cara Nabi, pun ramai tak tahu.., bersetubuh cara Nabi, berak cara nabi, tahu ke Pak Ali?

(Pak ali yang tertidur kepenatan dan kelaparan terkejut dan hadirin ketawa kembali)
Kenapa tak tahu?

Kerana kita belum belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman, kita islam hanya pada nama, mengaku cinta Rasullullah, tapi Sunnah Nabi, tiada dalam cita cita untuk di amalkan..

Di ulangi, kita islam hanya pada nama, mengaku cinta Rasullullah, tapi Sunnah Nabi, TIADA DALAM CITA CITA UNTUK DI AMALKAN..

Tahu apa warna serban kegemaran Nabi?, Pak Ali tahu tak? Apa, warna hitam? Betul.., pandainya Pak Ali

Tahu apa makanan kegemaran Nabi? Ye, pandai, buah Barli dan labu..

Tahu tak Nabi dalam kain sarung akan pakai seluar panjang, tak macam Pak cik Ajis yang pakai kain pelikat tak pakai spender, bila sujud, nampak telur buat budak budak ketawa..

Tahu tak Nabi pakai sarung arau seluar di atas buku lali, tak macam Imam Sudin, yang solat tak nampat kaki sebab tenggelam dalam labuhan kain pelikat, macam orang perempuan cover bulu kaki

Tahu tak Nabi suka tolong bini masak, sehingga bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih ditanggan baginda, Pakcik Ramli, ada tolong bini masak?

Tahu tak nabi akan menzirahi musuhnya yang sakit, masak makanan dan suap kat mulut musuh mereka sehingga musuh menjadi kawan, Pak cik Ali dan Pakcik Abu, dah berbaik ke kes renovate rumah hari tu?

Tahu tak nabi nak bakar rumah orang yang dengar azan, tapi sengaja solat di rumah,.., Pak kasim yang kerja sebagai pegawai bomba, mungkin boleh masukkan punca kebakaran adalah kerana penduduk malas pergi masjid, (woha!)

Tahu tak Nabi selalu beriktikaf di masjid, walaupun ramai bini.., kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk..

Tahu tak nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki..

Tahu tak Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedang kita banyak ketawa dengar ceramah kelakar!

Tahu tak jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah.., hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi..

Tahu tak.., tahu tak.. tahu tak… bla bla bla..

***

Di pendekkan cerita, akhirnya ceramah sempena Maulidul rasul itu habis jua, orang ramai mulai makan makan, berborak, buat lawak, minum air, dan masing masing balik rumah, tahun depan, pada hari lahir Nabi, mereka akan datang lagi mengulangi aktiviti hari ini…,
Sampai rumah, bini tanya, makan apa kat surau, jawapan tepat, tapi bila di tanya apa isi ceramah.., err, tak ingat, banyak sangat point, tapi ceramah ustaz tu sungguh kelakar..

Kesimpulannya: Jika korang tak ingat apa apa dalam ceramah, melainkan kelakar, baik periksa diri masing masing, adakah aku telah benar benar beriman sebagaimana orang yang beriman telah benar benar beriman....

Selamat menyambut Maulidul Rassul.