Tuesday, December 14, 2010

10 Muharam...

Bismillahirrahmannirrahim...
tgok bubur di atas... nyum2... teringat ana nak makan pulak... harap antum semua masih ingat lagi hari asyura... yang disinonimkan dengan bubur asyura atau bubur lambuk... esok 9 muharam... luse 10 muharam...
marilah sama-sama kita berpuasa... tingkatkan amalan sunat... agar ana dan antum sekalian di bawah keredhaannya...

10 muharam..
tarikh yang bermakna bagi umat islam.... pelbagai pandangan yang dikaitkan dengan 10 muharam ni... cthnya: bagi puak syiah imamiah mereka kaitkan 10 muharam ini dengan tragedi karbala... dimana hari kesedihan bagi mereka dan mereka akan mengadakan ritual melukakan diri pada hari tersebt...

banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan pada 10 Muharam... terutamanya berpuasa sunat... Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: “Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”, Hadith riwayat
Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa
setahun sebelumnya
”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam
sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9
Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
  • Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
  • Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  • Dicipta Adam a.s.
  • Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  • Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  • Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  • Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
  • Selamat Musa dan pengikutnya.
  • Lemas Firaun.
  • Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  • Diangkat Nabi Isa ke langit.
  • Diangkat Nabi Idris ke langit.
  • Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  • Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  • Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  • Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  • Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  • Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  • Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
    diharamkannya daripada neraka.

    oleh itu kengkawan... jom la kita berpuasa...
    renung-renungkan dan selamat beramal...

Monday, December 13, 2010

Hakikat kejadian...

bismillahirahmannirrahim...

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah bahagian yang teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru berpesan-pesanlah tetang wanita (dengan kebaikan).” Hadis Sahih Riwayat Bukhari Dan Muslim.

Adakah hadis di atas bermaksud kaum waita secara umumnya dijadikan Allah daripada tulang rusuk lelaki? Didalam Al-Quran jelas menyatakan manusia berasal daripada nutfah (air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali Nabi Adam dari tanah.


“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nutfah” Surah Al-Haj ayat 5.
Berdasarkan ayat Al-Quran diatas dengan jelas berhubung kejadian manusia,oleh itu hadis tidak dapat mencanggahinya .Justeru hadis ini tidak boleh ditafsirkan dalam bentuk mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya fokus hadis ini bukannya berkenaan asal usul kejadian wanita sebaliknya berkenann kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik.
Di dalam Kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa
“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk” Imam Qartubi
bukannya dicipta dari tulang rusuk.
pasti antum sekalian tertanya-tanya... knapa ana share hadis ini... hakikatnya ana baru mengetahui suatu fakta yang menarik... tetapi sebelum itu, iziinkan ana membawa antum sekalian masuk ke dunia medic sebentar...
td ana ade disection class seperti biasa... ari nie tajuk abdominal wall.... then, ana dapat suatu ilmu yang agak menarik...

'asal kejadian manusia adalah satu jantina sahaja iaitu lelaki' 
statement tue membawa makna yang mendalam... ana selidik dan bincang ngan tutor.... then surprisingly ... scientific reason given was:
di awal kejadian manusia... chromosome akan pair up dan perkara pertama yang ditentukan adalah sex... but then, ana diberitahu bahawa... semua aka menjadi lelaki (XY)  dan semua characteristic lelaki telah develop dalam badan kita by the aid of testosterone-a type of hormone... then... bila chromosome dapat the exact information bout (XX) then the estrogen will degenerate the testosterone production... akhirnya semua yang telah terdevelop awal akan degenerate... dan di gantikan dengan element wanita,.... untuk pengetahuan remnant degeneration of testis in women still the there... but not prominent as male...
Subhanallah... sungguh menakjubkan ciptaannya... dunia medic nie betul-betul buat ana bersyukur dan mengagumi kebesaran Allah dalam menciptakan sesuatu... Allah maha mengetahui... maha Bijaksana... dalam badan ana sendiri tidak tersangka betapa banyak reaction... metabolism... reflexes... dan complex thing happen dalam semua perkara... walaupun tidur, angkat tangan dan sekomplex mungkin seperti forced expiration (eg: sneezing, cough)... 
Allahuakbar... Allah maha besar... 
wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah: dan Dialah  yang maha kaya (tiddak memerlukan sesuatu), maha terpuji....(Fatir 35:15)
Allah lah yang mengetahui sesuatu sedang hambanya tidak tahu....  Ya Allah sungguh luas ilmu mu... 
akhirul qalam dr ana: tuntutlah ilu sehingga negeri cina... jihad di jalan allah moga Allah permudahkan segalanya...

Sunday, December 12, 2010

Jihad fi sabilillah...

Bismillahirrahmannirrahim...

Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagim, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(al-Baqarah 2:216)


Ya Allah... di saat yang lain sedang bergembira bersama keluarga tercinta... melepaskan kerinduan... sekali lagi Kau telah menguji hati-hati ini.... hati-hati yang telah Kau takdirkan untuk berjuang di jalanMu Ya Allah...memikul tanggungjawab yang besar dalam bidang perubatan ini Ya Allah... 
Berilah kami hati-hati setabah Sumayyah... 
minda-minda ini sepintar Ibnu Sina...
hati-hati ini setawadhuk para anbia'Mu dalam berdakwah...
semaikanlah ilham-ilham para malaikat...
dan iman-iman para nabi...
berikan kekuatan pada diri ini...

alhamdulillah, ana selamat sampai di um.... walaupun pada hakikatnya hati ini berat sungguh nak meninggalkan family di kampung.... namun ana gagahi jua... moga perjalanan dan pengorbanan ana ada hikmahnya...

esok bermula sem baru... ana perlu ada semangat yang baru... wahai hati tenanglah kamu... teruskan perjuanganMu sesungguhnya Allah sentiasa di sisiMu...
inilah hakikat sebagai seorang medical student... lagi-lagi kat um... cuti x panjang... belajar susah dari yang lain... paper exam pon laen dr yang laen.... hakikatnya... memang mencabar minda rohani dan fizikal...
walaupun hati kate tidak tapi jasad kate ye.... coz ini satu kewajipan kita...
habis da cuti... maknenye.. result pon bakal keluar...
Ya Allah kurniakanlah hambamu ini result yang terbaik ya Allah.... bantulah diriku ini... permudahkan perjalanan ku ini....
kepada kengkawan yang lain.... kuat kan semangat antum sekalian... mari bersama berganding bahu untuk yang terbaik...




Saturday, December 11, 2010

Bismillahirahmannirrahim....


Assalamualaikum....
alhamdulillah... ana digerakkan hati untuk meruangkan sedikit masa agar kita bersama dapat nasihat menasihati. Moga usaha ini dapat bersama dalam kerja-kerja mentarbiah insan yang lemah seperti kita... 

ana tiadalah sesiapa... cuba hamba Allah yang lemah lagi hina... moga dengan medium ini dapatlah kita mengumpul sedikit pahala untuk bekalan akan datang....

kepada sahabat2 yang ana kasihi sekalian ... terima kasih atas kesudian kalian melawati  blog ana ini... moga ianya menjadi medium supaya ana dan antum sekalian meningkatkan iman di dada... bantulah, tegurlah, dan bimbinglah ana...



moga disini terjalinlah ukhuwah kerana Allah... ukhuwah fillah abadan abada...