Thursday, February 17, 2011

Tabarak-al-llazhi

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulksehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yangmenyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Wednesday, February 16, 2011

Yatim Piatu Yg Hakiki


Bukanlah yatim piatu itu tiada berayah tiada beribu
Yatim piatu itu yang tiada beradab dan ilmu
Tiada ibu dan bapa tidak mengapa
Tidak ada ilmu dan adab, manusia terhina
Tiada ibu dan bapa bukanlah aib
Nilai manusia bukan di situ
Bila tiada ilmu dan akhlak tidak ada nilai dirinya
Ilmu dan akhlak nilai diri manusia
Wahai anak-anak yang tiada ayah dan ibu
Jangan hati susah ketiadaan mereka
Pentingkanlah ilmu dan akhlak mulia
Lebih-lebih lagi iman dan taqwa
Ada ibu dan ayah tiada apa-apa erti
Jika iman, ilmu, akhlak tiada diperolehi...



Mereka akan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya
Juga kepada dua ibu bapa mereka
Berapa banyak manusia yang masih ada ibu bapa
Tapi derhaka kepada kedua-duanya
Kerana iman dan ilmu tiada di dada
Akhlak yang mulia tidak lahir dari mereka
Janganlah sedih ketiadaan ibu dan bapa
Nasib kita bukan ditentukan oleh keduanya
Carilah iman pentingkan ilmu
Hiasilah diri dengan akhlak, Tuhan cintakan kita
Sedihkanlah kalau kita tidak ada itu semua


Kisah 3 orang pemuda terperangkap dalam gua...

DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala dengan perantaraan amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing).


Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.



Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan akau telah menjauhkan diriku darinya walaupun aku sanga-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120 dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.



Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata: “Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith riwayah Bukhari)

conclusion:
tanamkan keikhlasan dalam melakukan apa sahaja kerana Allah...
tawasul= menyambung.... setiap pahala yang diperoleh dari kebajikan yg kita lakukn dapat disambungkan kepada doa yg ingin dipohon...

Tawasul adalah berdoa kepada Allah dengan melalui wasilah (perantara). Salah satu landasannya adalah :
    Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya, .... (QS. 5:35)

Monday, February 14, 2011

Dia kekasih ALLAH...

Dia Kekasih Allah


Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment

salam maulidurrasul.....

bismillahirrahmannirrahim....

tanggal 12 rabiulawal 1432 hijrah... hari yang banyak memberi makna kepada umat islam seluruh dunia.... hari kelahiran rasul junjungan istimewa kita Nabi Muhammad s.a.w.....

di kesempatan ini... ana ingin ucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul 1432 hijrah... rase xcited sgt2 bile tbe 15 feb tahun ni... esok cari pengisian: ikut perarakan selawat ( baraan org jawe panggil )... teringat zaman sekolah2 dlu...

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
marilah kita banyakkan selawat ke atas nabi...


Selamat Bercuti & Salam Maulidur Rasul 2011
" Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah"




Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.
RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Zwani

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

PAHANG...

Bismillahirrahmannirrahim....


sahabatku...pernah ana kongsikan bahawa 3 cara untuk mengukuhkan ukhwah antara kita... sahabatku yg tersayang... makanlah bersama, solat berjemaah bersama dan tidur bersama, InsyaAllah ada keberkatan di situ dan terjalinnya ukhwah yang kukuh kerana Allah...

kali ini ana bukanlah ingin kongsikan penisian yang berat... sekadar pengalaman yang boleh ana  kongsikan bersama.... moga bersama dapat jadikan pengajaran.... yang baik jadi ikutan... yang buruk jadikan pengajaran...

pernah terdetik di hati ini impian untuk menjelajah ke seluruh dunia... tapi ana bukanlah orang yang mampu untuk lakukan semua tue termasuklah masalah dari segi kewangan, kengkangan masa dan lain2 lg...

bermula 10/2/2011.....

ana di beri tahu... nak g PAHANG... bersama 6 orang lagi sahabat....(marsya, wan, syaza, kak nor, ita n jihan).... planing: 
2 kereta
destinasi: raub(rumah marsya) & pantai sekitar rompin....
waktu: 11 -13 Feb 2011...

kepala pk macam 2.... (+ g: bile lagi nak jalan, rapatkan ukhwah)....(- g: upcoming conass next week, banyak lagi x baca, multimedia bangkel, baju x basuh g, dinner floor)... nampaknye banyak yg x mengizinkn dr mengizinkan....
next solution: tepon mak.... mak bg green light coz sume pompuan *like*
last2 decide nk ikot gak coz balik tue nk singgah low yat.... nak bli cpu tok umah...

malam tue deal ngan supplier kereta.... nak sewa....
yg terjadi:
1- kete x de yang available....
2- jihan x jd ikot, kne outstation ke kedah... therefore ramai sgt klu nk g pon...
3- last2... kne cari solution sumbat 6 org 1 kete...

up to 12am.... x jd g, coz x dapat kete...

...tdo....

11/2/2011

pg bangun g kelas 9-10pg...
decide nak g mid coz nk bli pencuci muka... then nk makan big apple....

thanks to aishah azwa... big apple settle... naek bilik ajak kak nor g sunway pyramid... then, out of blue... kete available time tue.... trus decide truskan plan a....


ciap2 n decide g kol 2.... last2 dlm 230 gak bertolak.... g Pahang... ita drive: 2 jam... sampai umah masya.... jumpe aidil ikhwan... mak dy n mak marsya... petang tue makan laksa...everything was fine..... malam dinner mak marsya yg masak.... introduce telur itik masak lemak... it was nice.... lepas makan... g kuo for bank in duit.... 1st time dyorg ajak masuk fun fair... x sangka ana pon join sekali...describe in a word = bising..... but its ok...bg sape2 yang susah nk g cosmo world... sne bole la jd tempat bermain... 
up to 12 oclock.... balik coz aidil nangis...

...slot kumpul daya....

12/2/2011
bermesra dengan keluarga marsya...

bagun pagi.... kol 6... plan g rompin kol 8 pg... last2 7.45 bru ciap sarapan... b4 tue ade pengisian sket... slot ceramah pg di tv 9... x silap; tanyalah ustaz... time tue ade seorang mak cik yg call ustaz untuk bertanyakan tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain.... sedihnya time tue ustaz tue x dapat jawab n dy soh look up for the answer by herself... 
mungkin ini dapat membantu kengkawan yang masih x jelas tentang tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain:


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Barang-siapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barang siapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya. 

(riwayat Muslim).


Dalam hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Hak seorang Muslim atas seorang Muslim yang lain ada enam. Di antara para sahabat ada yang bertanya: Apa saja ya Rasulullah? Baginda menjawab:
1)Bila kamu berjumpa dengannya ucapkan salam. 
2)Jika ia mengundangmu, penuhilah. 
3)Jika ia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah. 
4)Jika ia bersin dan memuji Allah hendaknya kamu mendoakannya.
5)jika ia sakit jenguklah.
6)jika ia mati hantarkanlah jenazahnya.


kemudian bertolak...
tuko driver; syaza bawa.... dr raub til gambang exit.... dalam perjalanan pelbagai yang ditempuhi.... ujian... adventure....

berkat doa... segalanya selamat.... mule2- ATM bawak keluar kereta kebal.... hampir2 terlanggar construction site kat tepi... siyez cuak time tue... takut out of control...

next...

time nk tuko driver.... wat drift... terbaek.... suddenly turn left.... cuak gle... hampir langgar tiang... but then manage to avoid... tiang lepas tp now menuju ke arah pokok... alhamdullillah sempat break b4 terlanggar.... huh.... everything happen in a sec... siyez... tyme tue pk macam2... mostly bukan nk selamatkn diri tp lebih pk tue kereta org... if terlanggar kne ganti rugi.....Alhamdulillah Allah masih lindungi kami... terselamat dari segalanya....






berkat doa kami mungkin.... sebelum mulakan perjalanan seperti yang disarankan dalam islam tetapkan ketua... next... doa ketika bermusafir adalah antara tempat berdoa yang mustajab...*seperti terbitan lalu*


singgah di petronas... uruskan hal masing2... tiba2 ujian datang lagi bile tgok tayar kereta pancit... ingatkan sekadar kurang angin... then tambah angin je.... 
truskan perjalanan ke rompin: sampai chalet... sunyi sepi... macam tiada penghuni dan pemilik... round2... then check in.... dapat bilik no 1... nampak sangat kami je yang menginap kat citu.....expect yang chalet tue x la lawa mane... coz luarannye x berapa memberangsangkan... tp meleset bile masuk dalam bilik... ok la untuk mase tue...
*ingatkan diri ana- don't always judge a book by its cover...*





punggah beg... makan mee sekejap... rilex n solat.... b4 ke destinasi seterusnya... kol 4 keluar... destinasi...
1- g kedai tayar for look up any solution= rupe2nye tayar pancir... tampal....
pantai hiburan... air pasang...

view dr restoran berdekatan
abc special fr rompin



2- g pantai hiburan next to our chalet... nak mandi... problemnye... air pasang n sangat berombak... x jadi mandi... plan mandi sok pg lepas subuh...
3- rumah salasiah... kawan marsya... x lame... kejap je drop off... * msaing2 wondering how we r manage to fill 6 person inside one kete iswara fr kl to pahang...


4- g tepi pantai... bahagian batu2.... amik gamba... 10 minit.. teruskan balik chalet...


sampai.... mandi.... plan tuk malam= makan besar.... hehe...
lepas maghrib... siap2 nak keluar... suddenly tayar pancit again... tapi kat tempat lain... kedai tayar hampir tutup... nex g ne2 kedai... tukar tayar spare... tp tayar spare da botak n pernah tampal... selamat tuk malam tue...

 area kol 9 keluar makn... 


pilihan menu....
ikan siakap masak 3 rasa
telur bungkus
sayur campur
satay
ikan pari bakar
sotong goreng celup tepung
sup ayam...


delicious... x lari budget kitorg... puas hati....


nex: expo....
sampai sane around 11 malam...
sessi ukir nama atas cincin n name tok phone... smart n i like it... sume wat... 
kol 12 balik... da x de org da....


come into a conclusion... rompin x same cam kl... kol 12 da x de kenderaan n pe2 aktivity langsung... its good for remaja especiallynya...


.... merehatkan minda....


13/2/2011


... hari terakhir @hari nk balik um....


pagi bangun... subuh... kol 7 15 tengok pantai... ciap2 nak mandi...
masa diperuntukkan til kol 8... mandi sepuas2nya... take picture... BEST sgt... terasa manisnya ukhwah.... together.....pg x de org kat pantai kecuali yg menjala... ad 2 org je...
description about pantai... agak kotor coz mase akhir2 musim tengkujuh.... masih peralihan... n sejuk... + MASIN... ade yg tertelan= meloyakan... hehe... anyway... it was a wonderful memories... together we r here... mandi2.... objective terlaksana...


kol 830-9pg... berciap...n bersihkan diri...


marsya n ita g tuko tayar kete.... sedih coz kne tukar tayar baru... duit banyak blanje kat ctu... tunggu till kol 1030... mrka balik bersama branch (breakfast+ lunch)... again laksa penang..... ciap2 kol 12 check out... drive balik kl... everything was fine... singgah kat r n r temerloh... solat + makan... 
sampai um kol 7 malam... sesat... asyik salah amik jalan je... yg sepatutnya amik mase 10 minit jd 1 jam... round2 jalan kl... kuang3... ditambah hujan lak tue... gelap... x nampak jalan.... sampai um... ALHAMDULILLAH.... akhirnya...
yg best wat kali pertama masing2 wat pengakuan balik um BEST... x sabo2...
sampai um... setel everything.... like percutian cam nie... santai2... lg best ble ade pengisian yang mantap untuk diri disamping rapatkan ukhwah n release tension...


P/s= to kengkawan yg g... sory klu description x best... anyway...thanks for the memories... moga ukhuwah kita terjalin kukuh kerana Allah...


next mission: CONASS.... 

doakan ana... moga segalanya cemerlang... amin...